f


-->

facebook

Halaman

Thursday, 17 May 2012

‘Saya nak Rita’ - Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak


Assalamualaikum wbt ... Kepada rakan2 semua yang sudi menjengguk blog #AF yang tak seberapa ini,
dengan post terbaru ini, AF sendiri terkejut dengan artikel yang dikeluarkan oleh surat khabar 'Harian Metro'
dan juga Media Massa mengenai Pemain Bola Sepak Kebangsaan mohon untuk batalkan hasrat untuk bercerai bersama dengan Aktress Popular iaitu Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak & Rita Rudaini Mohamad

Apa yang AF harapkan , biar la bersatu semula demi kebaikkan bersama dan juga untuk anak2 kelak.
Itu tak bermakna AF sendiri menyokong tindakan Aidil Zafuan dengan sewenang2nya memohon cerai & memohon kembali semula, seolah2 tiada pendirian tetap dengan keputusan yang Beliau ambil itu.

apa2 pun, AF doakan semoga Pasangan sentiasa meletus dengan pelbagai kontroversi ini.. Kembali seperti sedia kala..Seperti pasangan2 suami isteri, ibu dan ayah kepada anak2.. Amin


ini artikel yang dipetik oleh Harian Metro : -


PETALING JAYA: “Saya masih sayangkannya. Kalau boleh saya nak kembali bersama Rita dan anak-anak,” kata pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Dia yang mesra dengan panggilan Aidil ditemui selepas menarik balik permohonan bercerai dengan isterinya, aktres popular, Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membenarkan permohonan Aidil, 25, namun memerintahkannya selaku plaintif membayar kos kerugian RM250 kepada Rita, 36, kerana menarik balik kes itu di saat akhir iaitu kelmarin, sehari sebelum sebutan kes.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Aidil berkata, dia berharap dengan penarikan balik permohonan cerai itu, hubungan dia dan Rita pulih.
“Kalau Rita setuju dengan permohonan kembali taat (yang difailkannya semalam), perkara ini selesai. Saya nak dia dan anak-anak balik ke rumah saya di USJ1 (Subang). Sekarang dia menetap di rumah sewa di Damansara,” katanya yang hadir di mahkamah memakai kemeja dan seluar hitam.



P/s : Sila doakan kebahagiaan rumahtangga orang lain.. jangan pula menjatuh atau mencuba meretakkan
rumahtangga orang lain..

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More