f


-->

facebook

Halaman

Thursday, 17 May 2012

'Samsung Galaxy S3 bakal dilancarkan pada Jun 2012 di Malaysia'





Assalamualaikum wbt .. kepada semua rakan2 blogger dan juga pengunjung2 setia,
seperti tajuk di atas, 'Samsung Galaxy S3 bakal dilancarkan pada Jun 2012 di Malaysia'
AF sendiri peminat setia Samsung Galaxy yang kini AF telah memiliki model Samsung Galaxy W , yang perfomance dikatakan yang terbaik. dan AF sendiri tak sabar bila 
agak nya Samsung Galaxy S3 akan tiba di malaysia.


Samsung secara rasminya telah pun melancarkan peranti mereka yang dinantikan ramai, iaitu Samsung Galaxy S3 yang membawakan bukan sahaja Android 4.0 Ice Cream Sandwich, tetapi turut menyertakan pelbagai fungsi-fungsi tambahan baru bersama-sama dengannya. Dan menurut Pengarah Samsung untuk Asia Tenggara dan Taiwan, ia akan tiba di Malaysia seawal Jun kelak.

Ini adalah memandangkan sokongan yang diterima daripada pengguna tempatan terhadap produk mudah-alih Samsung. Pada tahun lepas sahaja, Samsung mengukuhkan kedudukan di Malaysia dengan peningkatan sehingga 1000% berbanding 2010.
Melalui Samsung Galaxy S3, ia membawakan cip pemprosesan 1.4GHz empat-teras, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.9-megapixel, skrin 4.8inci dengan paparan HD Super AMOLED dengan resolusi 306ppi, dan bateri 2100mAh. Harga jualannya di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.






P/s: macam mana, wahai peminat2 Samsung Galaxy, mesti tidak sabar akan kemunculan Samsung Galaxy S3 di Malaysia :D

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More