f


-->

facebook

Halaman

Sunday, 20 May 2012

Lulus PMR Terus Ambil Diploma

Lulus PMR Boleh Ambil Diploma


Assalamualaikum wbt... kepada rakan2 blogger & juga pengunjung setia blog ini....

AF terbaca artikel di Berita Harian Online berkenaan dengan tajuk ' Lulus PMR Boleh Ambil Diploma'
membuatkan AF tertanya-tanya, kenapa tidak dilakukan sejak dahulu, Kenapa baru sekarang
dilaksanakan program ini. Bukan AF tak sokong, tetapi ada sedikit tidak berpuas hati. 
Kerana AF sendiri pelajar kelahiran daripada Sekolah Menengah Teknik. Tetapi Alhamdulilah,
sekarang AF telah memiliki Diploma dan akan meneruskan pengajian seterus nya..

Apa-apa pun, AF sokong program ini, daripada pelajar-pelajar sekarang membuang masa dalam pelajaran 
akademik, lebih baik ambil dalam bidang kemahiran. Kerana pada masa hadapan, Bidang kemahiranlah
yang lebih berguna. Bukan lah AF kata Bidang Akademik yang lain tidak berguna, tetapi kalau hanya
setakat belajar Teori, tetapi tiada Kemahiran untuk menggunakan atau berkemahiran menggunakan benda itu adakah akan menyusahkan orang lain juga. 

artikel selanjutnya :- 

NILAI – Pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) berpeluang memperoleh Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam pelbagai kursus di 78 kolej vokasional seluruh negara.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata sebagai permulaan sebanyak 15 Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dijadikan program rintis bagi melihat keberkesanan kursus selama empat tahun itu.
Katanya, sebanyak 63 lagi SMV termasuk yang dalam pembinaan pada masa ini akan dinaik taraf menjadi kolej vokasional menjelang 2015.
“Pelajar yang mengikuti pelbagai kursus di kolej vokasional akan memperoleh DVM dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia.
“Pendaftaran pelajar bagi aliran ini sejak awal tahun ini adalah 107 peratus daripada kapisiti sepatutnya dan ini menunjukkan permintaan adalah tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Karnival dan Ekspo Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kompleks KLIA di sini, semalam.
Mohd Puad berkata, beberapa kursus sudah ditambah untuk memenuhi keperluan semasa antaranya kursus penerbangan.
Katanya, pihaknya juga sedang menimbang untuk mempelbagaikan lagi kursus dari semasa ke semasa bagi meningkatkan lagi tahap kolej vokasional.
“Kurikulum vokasional dirombak secara komprehensif supaya ia mencapai standard bagi memenuhi pasaran semasa pekerjaan seperti yang sudah dilaksanakan di beberapa negara antaranya Finland.
“Pasaran kini semakin memerlukan lebih ramai pekerja yang mempunyai pengalaman bekerja dan di kolej vokasional sebanyak 70 peratus pembelajaran berasaskan kemahiran dan 30 peratus akademik,” katanya.

P/s : AF sokong dengan Program ini.
Credit : Berita Harian Online & MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More