f


-->

facebook

Halaman

Thursday, 17 May 2012

Aktor Popular 'Ady Putra' MenFailkan Penceraian


Assalamualaikum wbt .. kepada semua rakan2 Blogger mahupun pengunjung setia blog ini yang tak seberapa..

Dengan tajuk diatas ini, membuatkan AF sendiri terkejut dengan Aktor Popular dengan Drama bersiri 'Tentang Dhia' yang telah menfailkan penceraiannya terhadap isteri beliau pada 11 Mei lalu.

Pasangan yang dikatakan romantis ini, telah mengambil keputusan untuk berpisah secara aman, oleh kerana tiada lagi persefahaman diantara mereka. Apa yang AF sendiri harapkan, jangan kerana tidak lagi persefahaman, korang buat tindakan yang melulu.

Punca menyebabkan Beliau menfailkan penceraian tersebut tidak diberitahu oleh Beliau, kerana tidak mahu mengaibkan pada kedua-dua pihak dan juga ingin menjaga maruah kedua-dua pihak keluarga.

Apa-apa pun, AF berdoa agar korang fikirkan secara masak-masak kan, buat keputusan yang betul2 untuk kebaikkan bersama..

Petikan daripada MyNewsHub.My  :-


KUALA LUMPUR – Satu berita yang amat mengejutkan di mana pelakon lelaki kacak, Ady Putra telah mengesahkan sudah pun memfailkan perceraian terhadap isterinya, Aida Yusof, di Mahkamah Syariah pada 11 Mei lalu.
Pasangan yang sering kali tampil bahagia di khalayak ramai itu mengesahkan mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah secara baik memandangkan tiada persefaham lagi dalam rumah tangga yang dibina.
Sebelum ini, Ady Putra pernah diasak dengan pertanyaan tentang kehidupannya dengan isteri yang masih lagi belum mempunyai anak.
Memetik laporan berita dari Harian Metro, Ady Putra menafikan punca perceraian berlaku disebabkan oleh orang ketiga mahu pun isu tidak mempunyai anak.
Ekoran dari itu, Ady Putra enggan membuka mulut berikutan tidak mahu mengaibkan kedua-dua belah pihak.
“Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain,” kata Ady Putra.
Walaupun perit untuk menerima takdir Ilahi dalam perjalanan hidup rumah tangganya, Ady Putra akur dengan keputusan yang dibuat bila memikirkan jodohnya dengan Aida tidak berpanjangan.
“Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.
“Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,” katanya.

P/s : Suspen kejap LOL

1 comments:

tak sangka pla nak bercerai dah. maybe ada masalah peribadi yg xble selesai




Nak jadi usahawan? Layari www.usahawan.com

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More