f


-->

facebook

Halaman

Sunday, 20 May 2012

Ahmad Dhani Mahu Finalis Mania Menyanyi Di Hari Lahirnya


Assalamualaikum wbt kepada rakan2 Blogger & juga pengunjung setia blog ini....

Baru sahaja menerima hadiah bernilai RM300,000 , Beliau ingin Finalis Superstar Mania menyanyi 
di Majlis Hari Lahirnya. Cuba korang lihat bagaimana Artis luar mengangkat Artis Malaysia sendiri.

Bukan AF tidak menyokong sesetengah pihak yang tidak ingin menaikkan martabat Dunia Seni Malaysia
sendiri, hanya tahu pentingkan diri. Apa-apa pun Tahniah sekali diucapkan kepada Ahmad Dhani.

artikel selanjutnya :-

KUALA LUMPUR – Ahmad Dhani yang menjadi pembimbing Hafiz yang muncul juara Mania musim pertama mahu menjemput empat lagi finalis pertandingan nyanyian itu iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hazama dan Aril bagi menyanyikan lagu sempena hari lahirnya pada 26 Mei ini.
Menurut gitaris dan penyanyi kumpulan Dewa 19 ini, dia akan menjemput lima finalis pertandingan anjuran Astro Ria itu ke Jakarta untuk majlis hari lahirnya selepas Hafiz meraih hadiah wang tunai RM500,000 dan dia pula membawa pulang RM300,000 atas kemenangannya itu semalam.
“Saya mahu menjemput Hafiz, Stacy, Jaclyn, Hazama dan Aril datang ke rumah saya di Jakarta pada 26 Mei iaitu pada majlis hari lahir saya. Saya mahu mereka menyanyikan lagu untuk saya atas kemenangan ini. Bukan itu sahaja, kumpulan pemuzik pengiring dalam Mania juga akan dijemput.
“Ini adalah sebagai tanda terima kasih saya atas kemenangan ini. Saya sungguh gembira kerana dijemput menyertai Mania dan diangkat pula sebagai pemenang. Saya anggap ini sebagai hadiah sempena ulang tahun hari lahir saya yang ke-40,” katanya dalam nada bersungguh-sungguh.
Pada final Mania itu, selain Hafiz yang muncul juara, naib johan dimenangi oleh Stacy dengan menerima hadiah wang tunai RM200,000, manakala tempat kedua pula diungguli oleh Jaclyn dengan membawa pulang RM100,000 pada pertandingan yang julung kalinya diadakan itu.
Setelah berakhirnya Mania yang 100 peratus ditentukan khidmat pesanan ringkas (SMS) para penonton itu, Ahmad Dhani juga kini sedang merancang untuk membawa kelima-lima orang finalis itu ke Jakarta bagi melebarkan lagi aktiviti mereka dalam bidang nyanyian pada masa depan.
“Kalau boleh saya juga mahu mengikat kontrak bersama Hafiz, Stacy, Jaclyn, Hazama dan Aril di bawah bumbung syarikat saya iaitu Republik Cinta Management di mana saya ada rancangan supaya setiap mereka diberi peluang merakamkan album solo di Jakarta nanti.
“Pada masa yang sama saya juga sudah menyediakan tiga buah lagu khusus berjudul Rindu Merindu, Restu Bumi Dua dan Hingga Ajal Menjemput Ku Tetap Menunggu untuk dinyanyikan sama ada oleh Hafiz atau Aril dalam album yang akan mereka rakamkan kelak,” ujarnya lagi.

P/s : Tahniah diucapkan sekali lagi.. ^__^

Credit : MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More