f


-->

facebook

Halaman

Monday, 21 May 2012

Pakistan Sekat Penggunaan Twitter


Assalamualaikum wbt .. kepada rakan2 blogger & juga pengunjung setia blog ini....

Seperti tajuk diatas, Kerajaan Pakistan telah mengambil tindakan untuk menyekat penggunaan
#Twitter di negara tersebut. Sebab apa diorang nak sekat?? mesti ada yang tertanya-tanya..
Kita yang berada di Malaysia ini, kira bernasib baik. Kerana Kerajaan Malaysia sendiri
tidak menyekat mana-mana laman sosial untuk rakyat Malaysia sendiri.

Kalau ada yang dah disekat, mungkin untuk tindakan berjaga-jaga agar tiada rakyat Malaysia
terpengaruhkan. Apa-apapun kita harus bersyukur, kita masih lagi boleh melayari internet.

artikel selanjut nya :-


ISLAMBAD – Kerajaan Pakistan semalam bertindak menyekat penggunaan Twitter, selepas mendakwa laman mikro itu mempunyai unsur-unsur yang menyesatkan.
Jurucakap Penguatkuasa Telekomunikasi Pakistan (PTA), Mohammad Younis Khan berkata, Kementerian Teknologi Maklumat telah menyekat laman web itu dan keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada pihaknya.
“Langkah terbabit diambil kerana ada unsur-unsur yang menyesatkan dalam Twitter,” katanya. – AFP


p/s: AF ada #Twitter, sesiapa yang sudi itu, jangan lupa #Follow AF okay.. #FollowAFDisini
credit : MyNewsHub

Sunday, 20 May 2012

Aishwarya Rai Dikritik Kerana Gemuk


MUMBAI, India - Bintang utama Bollywood yang sinonim dengan gelaran wanita tercantik di dunia, Aishwarya Rai dikritik hebat kerana gagal menurunkan berat badan selepas lima bulan melahirkan anak sulungnya.
Menurut laman web US Weekly kelmarin, bekas Ratu Cantik Dunia itu melahirkan anak perempuan, Aaradyha pada November tahun lalu, hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Abhishek Bachchan.
Akhbar Britain, Daily Mail memetik seorang peminat Rai sebagai kecewa kerana aktres berkenaan gagal melaksanakan 'tanggungjawab' untuk kelihatan langsing demi peminatnya.
"Dia seorang aktres Bollywood, justeru, menjadi tanggungjawabnya untuk kelihatan langsing dan cantik," sumber tersebut dipetik sebagai berkata.
Baru-baru ini, sebuah laman web menyiarkan klip video menunjukkan perubahan diri Rai sebelum dan selepas melahirkan anak.
Klip video berkenaan yang diiringi runut bunyi tempikan gajah telah ditonton lebih 500,000 kali di internet.
Sementara itu, peminat heroin filem Dhoom 2 itu menantikan kehadirannya pada festival filem Cannes 2012 di Perancis, minggu ini.
Rai, 38, dijadualkan menghadiri acara Karpet Merah festival filem berkenaan.
- Agensi

P/s: Wow terkejut sekejap tengok Aishwarya Rai...
Credit : Kosmo Online

Lulus PMR Terus Ambil Diploma

Lulus PMR Boleh Ambil Diploma


Assalamualaikum wbt... kepada rakan2 blogger & juga pengunjung setia blog ini....

AF terbaca artikel di Berita Harian Online berkenaan dengan tajuk ' Lulus PMR Boleh Ambil Diploma'
membuatkan AF tertanya-tanya, kenapa tidak dilakukan sejak dahulu, Kenapa baru sekarang
dilaksanakan program ini. Bukan AF tak sokong, tetapi ada sedikit tidak berpuas hati. 
Kerana AF sendiri pelajar kelahiran daripada Sekolah Menengah Teknik. Tetapi Alhamdulilah,
sekarang AF telah memiliki Diploma dan akan meneruskan pengajian seterus nya..

Apa-apa pun, AF sokong program ini, daripada pelajar-pelajar sekarang membuang masa dalam pelajaran 
akademik, lebih baik ambil dalam bidang kemahiran. Kerana pada masa hadapan, Bidang kemahiranlah
yang lebih berguna. Bukan lah AF kata Bidang Akademik yang lain tidak berguna, tetapi kalau hanya
setakat belajar Teori, tetapi tiada Kemahiran untuk menggunakan atau berkemahiran menggunakan benda itu adakah akan menyusahkan orang lain juga. 

artikel selanjutnya :- 

NILAI – Pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) berpeluang memperoleh Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam pelbagai kursus di 78 kolej vokasional seluruh negara.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata sebagai permulaan sebanyak 15 Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dijadikan program rintis bagi melihat keberkesanan kursus selama empat tahun itu.
Katanya, sebanyak 63 lagi SMV termasuk yang dalam pembinaan pada masa ini akan dinaik taraf menjadi kolej vokasional menjelang 2015.
“Pelajar yang mengikuti pelbagai kursus di kolej vokasional akan memperoleh DVM dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia.
“Pendaftaran pelajar bagi aliran ini sejak awal tahun ini adalah 107 peratus daripada kapisiti sepatutnya dan ini menunjukkan permintaan adalah tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Karnival dan Ekspo Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kompleks KLIA di sini, semalam.
Mohd Puad berkata, beberapa kursus sudah ditambah untuk memenuhi keperluan semasa antaranya kursus penerbangan.
Katanya, pihaknya juga sedang menimbang untuk mempelbagaikan lagi kursus dari semasa ke semasa bagi meningkatkan lagi tahap kolej vokasional.
“Kurikulum vokasional dirombak secara komprehensif supaya ia mencapai standard bagi memenuhi pasaran semasa pekerjaan seperti yang sudah dilaksanakan di beberapa negara antaranya Finland.
“Pasaran kini semakin memerlukan lebih ramai pekerja yang mempunyai pengalaman bekerja dan di kolej vokasional sebanyak 70 peratus pembelajaran berasaskan kemahiran dan 30 peratus akademik,” katanya.

P/s : AF sokong dengan Program ini.
Credit : Berita Harian Online & MyNewsHub

Ahmad Dhani Mahu Finalis Mania Menyanyi Di Hari Lahirnya


Assalamualaikum wbt kepada rakan2 Blogger & juga pengunjung setia blog ini....

Baru sahaja menerima hadiah bernilai RM300,000 , Beliau ingin Finalis Superstar Mania menyanyi 
di Majlis Hari Lahirnya. Cuba korang lihat bagaimana Artis luar mengangkat Artis Malaysia sendiri.

Bukan AF tidak menyokong sesetengah pihak yang tidak ingin menaikkan martabat Dunia Seni Malaysia
sendiri, hanya tahu pentingkan diri. Apa-apa pun Tahniah sekali diucapkan kepada Ahmad Dhani.

artikel selanjutnya :-

KUALA LUMPUR – Ahmad Dhani yang menjadi pembimbing Hafiz yang muncul juara Mania musim pertama mahu menjemput empat lagi finalis pertandingan nyanyian itu iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hazama dan Aril bagi menyanyikan lagu sempena hari lahirnya pada 26 Mei ini.
Menurut gitaris dan penyanyi kumpulan Dewa 19 ini, dia akan menjemput lima finalis pertandingan anjuran Astro Ria itu ke Jakarta untuk majlis hari lahirnya selepas Hafiz meraih hadiah wang tunai RM500,000 dan dia pula membawa pulang RM300,000 atas kemenangannya itu semalam.
“Saya mahu menjemput Hafiz, Stacy, Jaclyn, Hazama dan Aril datang ke rumah saya di Jakarta pada 26 Mei iaitu pada majlis hari lahir saya. Saya mahu mereka menyanyikan lagu untuk saya atas kemenangan ini. Bukan itu sahaja, kumpulan pemuzik pengiring dalam Mania juga akan dijemput.
“Ini adalah sebagai tanda terima kasih saya atas kemenangan ini. Saya sungguh gembira kerana dijemput menyertai Mania dan diangkat pula sebagai pemenang. Saya anggap ini sebagai hadiah sempena ulang tahun hari lahir saya yang ke-40,” katanya dalam nada bersungguh-sungguh.
Pada final Mania itu, selain Hafiz yang muncul juara, naib johan dimenangi oleh Stacy dengan menerima hadiah wang tunai RM200,000, manakala tempat kedua pula diungguli oleh Jaclyn dengan membawa pulang RM100,000 pada pertandingan yang julung kalinya diadakan itu.
Setelah berakhirnya Mania yang 100 peratus ditentukan khidmat pesanan ringkas (SMS) para penonton itu, Ahmad Dhani juga kini sedang merancang untuk membawa kelima-lima orang finalis itu ke Jakarta bagi melebarkan lagi aktiviti mereka dalam bidang nyanyian pada masa depan.
“Kalau boleh saya juga mahu mengikat kontrak bersama Hafiz, Stacy, Jaclyn, Hazama dan Aril di bawah bumbung syarikat saya iaitu Republik Cinta Management di mana saya ada rancangan supaya setiap mereka diberi peluang merakamkan album solo di Jakarta nanti.
“Pada masa yang sama saya juga sudah menyediakan tiga buah lagu khusus berjudul Rindu Merindu, Restu Bumi Dua dan Hingga Ajal Menjemput Ku Tetap Menunggu untuk dinyanyikan sama ada oleh Hafiz atau Aril dalam album yang akan mereka rakamkan kelak,” ujarnya lagi.

P/s : Tahniah diucapkan sekali lagi.. ^__^

Credit : MyNewsHub

Tukang Jual Bubur paling BerStyle di Indonesia


Assalamualaikum wbt.. kepada rakan2 Blogger & juga kepada pengunjung2 setia blog ini...

AF sendiri tabik spring dengan Tukang Jual Bubur di Jakarta, Indonesia.. 
cuba korang tengok, Motor tu.. tak menahan.. siap boleh berniaga jual bubur...

Cuba kalau di Malaysia.. adakah benda ini pernah berlaku.. kalau ada apek2 niaga buah atas
motor yang dah siap dimodify dijadikan motor roda 3.. tapi model Honda EX5... 


Apa-apa pun, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. betul tak?


P/s: Oh! tidak kalau AF nak guna motor seperti ini untuk berniaga.. LOL

Credit : UpToMu

Nora Danish Memohon Maaf Atas Gambar Dalam GLAM


Assalamualaikum wbt.. kepada rakan2 Blogger & juga pengunjung2 setia...

AF sendiri terkejut akan gambar beliau di ruangan Majalah GLAM yang agak melampau 
dan juga membolehkan mengaibkan diri sendiri & keluarga. Tetapi sewaktu Majalah itu dipasarkan, 
dia berada di Tanah Suci Mekah baru-baru ini.


"Saya akui gambar-gambar saya yang tersiar itu agak melampau dan mengaibkan saya.

"Saya sendiri berasa malu kerana berpakaian sebegitu tambah lagi dengan status saya sebagai ibu tunggal. Saya tahu itu salah saya, saya mohon maaf kepada semua pihak atas keterlanjuran saya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Nora sebelum ini dikritik kerana membenarkan aksi ghairahnya dirakam sebelum disiarkan dalam majalah tersebut untuk keluaran bulan ini.
Menjelaskan keadaan, katanya, sesi fotografi untuk majalah tersebut sebenarnya telah dilakukan sejak awal tahun ini.

P/s: apa-apa pun , dengan ini tiada lagi sebarang spekulasi terhadap Pelakon Jelita , Nora Danish.

Credit : UpToMu

Tahniah !! Hafiz Juara Mania , Dan Juara Bernilai RM500,000



hafiz juara mania

Assalamualaikum wbt... kepada rakan2 blogger & juga pengunjung2 setia blog ini...

Seperti yang diramalkan oleh ramai pihak termasuk rakan2 blogger AF sendiri..
Juara Mania untuk musim pertama ini dimiliki oleh Juara AF musim ke-7 iaitu, Hafiz .
Dengan kemenangan Hafiz ini, Beliau membawa pulang hadiah bernilai RM500,000.
Sepanjang Mania untuk musim ini, Hafiz yang berada dibawah Empayar Ahmad Dhani (Hijau).
Ahmad Dhani juga sendiri membawa pulang Hadiah bernilai RM300,000 atas kejayaan Hafiz 
yang dinobatkan sebagai Juara Mania.



Manakala bagi tempat Kedua pula, milik Stacy . Dengan kejayaan Stacy yang menduduki tempat
kedua ini, Beliau berjaya membawa pulang Hadiah bernilai RM200,000. Dalam sepanjang 
perjalanan beliau dalam Mania ini, bernaung dibawah empayar Dato M.Nasir (Merah) .





Manakala bagi tempat Ke-tiga ini, Dimiliki oleh penyanyi yang bersuara lantang, iaitu, Jacyln Victor.
Beliau juga berjaya membawa pulang Hadiah sebanyak RM100,000. Dalam perjalanan beliau dalam
Mania ini, bernaung dibawah Empayar Aubrey Suwito (Biru).

P/s : Apa-apa pun AF sendiri mengucapkan Tahniah kepada pemenang-pemenang semua.
Sila tingkatkan Prestasi dan Kualiti anda sebagai Artis bukan sahaja Artis, tetapi Sebagai 
Superstar Malaysia.

Kredit atas gambar di atas : Ryaniez Moments Photography

Thursday, 17 May 2012

Aktor Popular 'Ady Putra' MenFailkan Penceraian


Assalamualaikum wbt .. kepada semua rakan2 Blogger mahupun pengunjung setia blog ini yang tak seberapa..

Dengan tajuk diatas ini, membuatkan AF sendiri terkejut dengan Aktor Popular dengan Drama bersiri 'Tentang Dhia' yang telah menfailkan penceraiannya terhadap isteri beliau pada 11 Mei lalu.

Pasangan yang dikatakan romantis ini, telah mengambil keputusan untuk berpisah secara aman, oleh kerana tiada lagi persefahaman diantara mereka. Apa yang AF sendiri harapkan, jangan kerana tidak lagi persefahaman, korang buat tindakan yang melulu.

Punca menyebabkan Beliau menfailkan penceraian tersebut tidak diberitahu oleh Beliau, kerana tidak mahu mengaibkan pada kedua-dua pihak dan juga ingin menjaga maruah kedua-dua pihak keluarga.

Apa-apa pun, AF berdoa agar korang fikirkan secara masak-masak kan, buat keputusan yang betul2 untuk kebaikkan bersama..

Petikan daripada MyNewsHub.My  :-


KUALA LUMPUR – Satu berita yang amat mengejutkan di mana pelakon lelaki kacak, Ady Putra telah mengesahkan sudah pun memfailkan perceraian terhadap isterinya, Aida Yusof, di Mahkamah Syariah pada 11 Mei lalu.
Pasangan yang sering kali tampil bahagia di khalayak ramai itu mengesahkan mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah secara baik memandangkan tiada persefaham lagi dalam rumah tangga yang dibina.
Sebelum ini, Ady Putra pernah diasak dengan pertanyaan tentang kehidupannya dengan isteri yang masih lagi belum mempunyai anak.
Memetik laporan berita dari Harian Metro, Ady Putra menafikan punca perceraian berlaku disebabkan oleh orang ketiga mahu pun isu tidak mempunyai anak.
Ekoran dari itu, Ady Putra enggan membuka mulut berikutan tidak mahu mengaibkan kedua-dua belah pihak.
“Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain,” kata Ady Putra.
Walaupun perit untuk menerima takdir Ilahi dalam perjalanan hidup rumah tangganya, Ady Putra akur dengan keputusan yang dibuat bila memikirkan jodohnya dengan Aida tidak berpanjangan.
“Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.
“Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,” katanya.

P/s : Suspen kejap LOL

'Samsung Galaxy S3 bakal dilancarkan pada Jun 2012 di Malaysia'





Assalamualaikum wbt .. kepada semua rakan2 blogger dan juga pengunjung2 setia,
seperti tajuk di atas, 'Samsung Galaxy S3 bakal dilancarkan pada Jun 2012 di Malaysia'
AF sendiri peminat setia Samsung Galaxy yang kini AF telah memiliki model Samsung Galaxy W , yang perfomance dikatakan yang terbaik. dan AF sendiri tak sabar bila 
agak nya Samsung Galaxy S3 akan tiba di malaysia.


Samsung secara rasminya telah pun melancarkan peranti mereka yang dinantikan ramai, iaitu Samsung Galaxy S3 yang membawakan bukan sahaja Android 4.0 Ice Cream Sandwich, tetapi turut menyertakan pelbagai fungsi-fungsi tambahan baru bersama-sama dengannya. Dan menurut Pengarah Samsung untuk Asia Tenggara dan Taiwan, ia akan tiba di Malaysia seawal Jun kelak.

Ini adalah memandangkan sokongan yang diterima daripada pengguna tempatan terhadap produk mudah-alih Samsung. Pada tahun lepas sahaja, Samsung mengukuhkan kedudukan di Malaysia dengan peningkatan sehingga 1000% berbanding 2010.
Melalui Samsung Galaxy S3, ia membawakan cip pemprosesan 1.4GHz empat-teras, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.9-megapixel, skrin 4.8inci dengan paparan HD Super AMOLED dengan resolusi 306ppi, dan bateri 2100mAh. Harga jualannya di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.






P/s: macam mana, wahai peminat2 Samsung Galaxy, mesti tidak sabar akan kemunculan Samsung Galaxy S3 di Malaysia :D

‘Saya nak Rita’ - Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak


Assalamualaikum wbt ... Kepada rakan2 semua yang sudi menjengguk blog #AF yang tak seberapa ini,
dengan post terbaru ini, AF sendiri terkejut dengan artikel yang dikeluarkan oleh surat khabar 'Harian Metro'
dan juga Media Massa mengenai Pemain Bola Sepak Kebangsaan mohon untuk batalkan hasrat untuk bercerai bersama dengan Aktress Popular iaitu Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak & Rita Rudaini Mohamad

Apa yang AF harapkan , biar la bersatu semula demi kebaikkan bersama dan juga untuk anak2 kelak.
Itu tak bermakna AF sendiri menyokong tindakan Aidil Zafuan dengan sewenang2nya memohon cerai & memohon kembali semula, seolah2 tiada pendirian tetap dengan keputusan yang Beliau ambil itu.

apa2 pun, AF doakan semoga Pasangan sentiasa meletus dengan pelbagai kontroversi ini.. Kembali seperti sedia kala..Seperti pasangan2 suami isteri, ibu dan ayah kepada anak2.. Amin


ini artikel yang dipetik oleh Harian Metro : -


PETALING JAYA: “Saya masih sayangkannya. Kalau boleh saya nak kembali bersama Rita dan anak-anak,” kata pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Dia yang mesra dengan panggilan Aidil ditemui selepas menarik balik permohonan bercerai dengan isterinya, aktres popular, Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membenarkan permohonan Aidil, 25, namun memerintahkannya selaku plaintif membayar kos kerugian RM250 kepada Rita, 36, kerana menarik balik kes itu di saat akhir iaitu kelmarin, sehari sebelum sebutan kes.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Aidil berkata, dia berharap dengan penarikan balik permohonan cerai itu, hubungan dia dan Rita pulih.
“Kalau Rita setuju dengan permohonan kembali taat (yang difailkannya semalam), perkara ini selesai. Saya nak dia dan anak-anak balik ke rumah saya di USJ1 (Subang). Sekarang dia menetap di rumah sewa di Damansara,” katanya yang hadir di mahkamah memakai kemeja dan seluar hitam.



P/s : Sila doakan kebahagiaan rumahtangga orang lain.. jangan pula menjatuh atau mencuba meretakkan
rumahtangga orang lain..

MTV - Ramlah Ram Feat Sleeq 'Sesaat Kau Datang'




Assalamualaikum wbt.. kepada semua rakan2 blogger dan juga pengunjung2 setia blog AF ni..
sekian lama AF meninggalkan blog tanpa khabar berita.. akhirnya kembali juga disini
untuk meng'hupdate blog yang dah lama bersawang...

Dan AF akan kembali menceriakan & mensensasikan blog ini yang tak seberapakan..
#Mampu ker..

untuk posting hari ini, AF nak post MTV Kak Melah aka Ramlah Ram yang sudah berkolaborasi
bersama dengan artis dari Selatan Tanah Air aka Negara Jiran , Singapura iaitu Kumpulan Sleeq.
Lagu Ciptaan ID Mifzal dan juga Lirik ditulis oleh Zie-Syafruddin ini , telah menggegarkan
industri hiburan negara yang tak ada begitu besar, tetapi kita rakyat Malaysia harus bangga.
Dengan usaha yang dilakukan Komposer2 muda ini.. Memang #Terbaik

Apa2 pun Jom kita layan , dan AF akan letak lirik untuk korang berkaroks dalam blog ini.. #LOL

Lirik Lagu Sesaat Kau Datang -Ramlah Ram ft SleeQ

Verse 1
Sesaat Kau Datang……..
Sesaat Kau Hilang………
Kemunculan dirimu…..
Penuh misteri………..

Verse 2
Kau Mendekat…
Kau Menjauh….
Kau tinggalkan diriku…
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku……….

Verse 3
(Alif)


Its not that i dont love you
I just dont want to hurt you
I cant let go of all the good times we share together

(Syarif)
I hate to be cold but i got to let you go

Chorus:
Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..
Ha….Ha…..Ha…Ha.…Ha…..Ha…

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Verse 4
(Alif and Syarif)
Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothings easy i hope you understand me girl
Nothings easy girl
Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had 
Whats gone

Repeat Chorus:
Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat dijiwa..
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..
Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Verse 5
Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma
Yang datang kepadamu……kepadamu

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More