f


-->

facebook

Halaman

Thursday, 19 January 2012

HotFM Hentikan Segmen ' Panggilan Hangit ' Selamanya


Assalamualaikum wbt... sekian lama meninggalkan seketika blog ni...
AF minta maaf, sejak kebelakangan ini sedikit kesibukan dalam dunia realiti..

AF sendiri terkejut, segment yang digemari ramai di HotFM iaitu ' Panggilan Hangit '
telah dihentikan serta-merta, yang dikatakan seorang Artis Senior ini melentinghanya kerana panggilan hangit.
AF fikir dia dah meroyan, tak ada ' Job ' sehingga dia buat demikian. 

Dalam satu pengumuman ringkas menerusi HotFM , AM Krew yang membariskan Faisal Ismail, Fara Fauzana, AG dan juga Usop Wilcha , bahawasanya segment Panggilan Hangit hanya tinggal kenangan.

Sabar je la dengan perangai ArtisSenior itu, jika tak boleh gurau lebih baik tinggal dalam hutan. Mungkin itu lah tempat yang paling sesuai dengan Artis Senior itu.

berita selanjut nya.. di bawah ini : ..
Persoalan sama ada segmen yang menjadi kegemaran ramai ini akan di’tutup selamanya atau hanya sementara sudah terjawab pagi tadi melalui radio.
Dalam satu pengumuman ringkas menerusi Hot FM, AM Krew yang membariskan Faisal Ismail, Fara Fauzana, Usop Wilcha dan AG memberitahu segmen Panggilan Hangit kini hanya kenangan.
Pihak pengurusan di’khabarkan telah mengambil keputusan untuk memberhentikan segmen ini buat selamanya dan peminat Hot FM yang selama ini setia menanti di hadapan radio setiap pagi akan kecewa bermula hari ini.

Walaupun tidak menyatakan apa sebab sebenar penutupan segmen Panggilan Hangitini, kami menerima satu dakwaan liar yang berkata ia’nya berpunca dari insiden seorang artis senior yang melenting.
Al-kisahnya, satu pagi seperti biasa AM Krew menjadikan artis senior yang kita kenal seorang yang cepat melenting & bermulut laju ini sebagai sasaran, tetapi tanpa mereka duga gurauan mereka menjadi isu serius.
Tidak dapat kami pastikan apa butiran Panggilan Hangit yang artis senior ini terima tetapi khabarnya selebriti wanita ini telah pun membawa perkara remeh ini ke pihak atasan & hasilnya, Panggilan Hangit tamat riwayat.
Jika kami sebutkan nama artis senior ini di’sini, pasti kami akan turut di’heret bersama dalam isu ini –maklumlah, semenjak dua menjak ini, beliau sensitif dengan isu gurauan generasi baru sampai tahap buka fail saman. Eh.

Sumber : GilerKentang & RotiKaya 

Thursday, 5 January 2012

(Live Update) Sesi Temuramah Nur Amalina Che Bakri


Assalamualaikum kepada rakan-rakan blogger yang tak jemu-jemu
menjenguk blog yang tak seberapa ini. 

Akhir nya dapat juga kita lihat Sesi temuramah Nur Amalina Che Bakri yang juga merupakan
Pelajar Genius Malaysia 2004. Siapa tak sangka kan, tetapi AF sendiri memahami keadaan 
Nur Amalina Che Bakri seperti Terkena Kejutan Budaya Barat yang selama ini
mungkin Beliau tidak pernah merasakan. Semoga Beliau sedar akan apa yang beliau 
lakukan sebelum ini, Ambil Iktibar dan pengajaran dengan apa yang berlaku.

Kami Rakyat Malaysia agak kecewa dengan aksi-aksi beliau di tayangkan dan hebat diperkatakan
di Arena Media Massa , dan juga dunia Cyber.

Dengan apa yang berlaku ini, tolong tolong tolong, jangan lakukan perkara ini lagi. 
Wahai Cik Nur Amalina Che Bakri , Sila berubah dan kami akan sentiasa mendoakan Kejayaan beliau disana.

Beberapa Video yang sempat dirakan oleh blogger-blogger atau wartawan yang berada di Rumah Keluarga
Nur Amalina Che Bakri.



P/s : please make our proud of you.. thanks Nur Amalina Che Bakri.

Wednesday, 4 January 2012

Perbezaan Nur Amalina Che Bakri Vs Siti Fatimah Mukhtar

Nur Amalina Che Bakri
Siti Fatimah Mukhtar
Assalamualaikum wbt... kepada geng-geng Blogger...

Perbezaan diantara Pelajar Genius Malaysia ini, Nur Amalina Che Bakri dan Siti Fatimah Mukhtar ..
Sama Pandai , Sama-sama dapat 17 A1. Tetapi mungkin ada kelebihan pada Siti Fatimah kerana 
mendapat 17 A1 1 A2 .. tetap dapat membiasakan diri di UK.

Hangat diperkatakan seluruh negara mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat dan hilang jati diri serta sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani.
Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif.
Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.
Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara

Siti Fatimah berada di University Of Nottingham
 Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.


Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau.

Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK.Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu’ al-Quran
untuk ketahui maklumat lanjut : Uptomu & SuaraPeople

P/s: Sejuk perut ibu yang mengandungkan Siti Fatimah Mukhtar.

Nur Amalina Che Bakri Lantang Bersuara di Status Facebook


Assalamualaikum wbt....

Nur Amalina Che Bakri yang merupakan Pelajar Genius Malaysia pada tahun 2004
berjaya mendapat 17 A1 dalam SPM 2004 ...

Diperkatakan Beliau lantan bersuara dalam Status Facebook, selepas beberapa Jam hebat diperkatakan...

AF sendiri tidak percaya, Mudah-mudahan Beliau sentiasa ingat pada Allah swt....



P/s: AF sentiasa berdoa untuk dia agar sedar apa yang dia lakukan.

Nur Amalina Che Bakri Mangsa Fitnah 'Dunia Cyber'


Assalamualaikum wbt kepada rakan2 semua...

AF berdoa agar, segala-galanya yang sedang hebat diperkatakan oleh media cyber
yang dikatakan Nur Amalina Che Bakri, Pelajar Genius Malaysia itu adalah tidak betul sama sekali
bukan kerana AF ini nak membela Nur Amalina Che Bakri , bukan ada pertalian persaudaraan, 
cuma ada Talian persaudaraan sesama islam.. Sekarang Dunia banyak fitnah sana sini.

Lebih baik kita tunggu jawapan daripada empunya tuan badan sendiri kan.. dalam sebuah gambar, 
macam-macam cerita boleh di keluarkan. AF sendiri berdoa agar semua cerita, mahupun segala fitnah itu
tidak betul sama sekali.

Petikan ini daripada Harian Metro Online ..

JOHOR BAHRU: “Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan,” kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri.
Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook.
Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir.
“Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.
“Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
P/s: Sama-sama kita berdoa untuk Nur Amalina Che Bakri.

Sumber : Harian Metro Online

Pelajar Genius Nur Amalina Terkena Kejutan Budaya


Assalamualaikum wbt... Posting pertama untuk tahun 2012..

Berita yang kita dengar untuk Tahun Baru ini, agak mengejutkan semua pihak,
malah 1Malaysia agak terkejut dengan Pelajar Genius Malaysia yang pernah mendapat 17 A1 
dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Dikatakan terkena Kejutan Budaya dari Negara Barat, Biar betulkan. Harap perkara ini tidak
la benar. Sedang hangat diperkatakan sekarang ini, Ramai yang kecewa dengan Nur Amalina Che Bakri
yang menjadi idola kepada pelajar-pelajar Malaysia untuk berjaya seperti beliau. AF sendiri berdoa
agar Nur Amalina kembali ke Pangkal Jalan, Jangan salahkan beliau kerana tak kuat iman untuk 
terkena kejutan budaya, Agar semua berdoa Nur Amalina Che Bakri ini Kembali ke Pangkal Jalan,
dan jangan Sia-siakan peluang untuk berjaya disana.

untuk ketahui berita lanjut.. Sila baca di bawah ini.

KUALA LUMPUR – Nama Nur Amalina Che Bakri tiba-tiba meletup di internet ekoran tersebarnya beberapa keping gambar yang didakwa gambar pelajar genius berbangsa Melayu itu yang agak kurang manis dipandang oleh rakyat negara ini.
Tujuh tahun dulu, nama Nur Amalina menjadi sebutan disanjung tinggi ekoran kejayaannya menempa sejarah memperoleh 17 A1 untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik negara.
Beliau kemudiaannya melanjutkan pelajaran di University of Edinburgh, Scotland, di dalam dua bidang ijazah iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi serta ditaja sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.
Nur Amalina sekali lagi menjadi buah mulut rakyat negara ini apabila beliau didakwa gagal dalam pengajiannya dan pulang ke tanahair secara ‘senyap-senyap’.
Bagaimanapun, desas-desus itu ternyata palsu apabila laporan menunjukkan bahawa gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan, itu masih lagi mengikuti kursus-kursus ijazahnya seperti biasa di universiti tersebut.
Namun pada permulaan tahun 2012 ini, namanya menjadi sebutan ramai yang mengecam Nur Amalina ekoran beberapa keping gambar seorang gadis seksi yang didakwa dirinya tidak memakai tudung, mewarnakan rambut dan kelihatan ‘liar’ berbanding imejnya sebagai pelajar pada tahun 2005.
Persoalannya, benarkah Nur Amalina telah berubah dan terpengaruh dengan unsur kejutan budaya ketika melanjutkan pengajian di luar negara?
Beberapa blog bergenre hiburan dan politik turut memuatkan gambar-gambar seksi Nur Amalina di laman web masing-masing dan mempersoalkan tentang identiti beliau yang jelas lebih kebaratan berbanding dahulu.
Antara blog yang menyiarkan gambar-gambar tersebut ialah Mediamalaya.com, Ceritamamat.com, Theflyingkick.blogspot.com dan banyak lagi.
Bagaimanapun, gambar-gambar yang dikatakan diambil dari laman sosial Facebook milik Nur Amalina itu telah dikeluarkan dari akaun tersebut setelah ia ‘bocor’ dan menggemparkan dunia siber negara ini semalam.
Sekiranya benar dakwaan bahawa gadis di dalam gambar tersebut adalah Nur Amalina, rakyat negara ini sudah tentu tidak punya hak untuk menentukan imej penampilan beliau mahupun apa jenis pakaian yang dikenakan dan sebagainya.
Namun, penulis pasti ramai di kalangan rakyat negara ini mahu Nur Amalina mengekalkan imej lamanya dahulu dan sudah semestinya anak gadis Che Bakri ini perlu menutup aurat meskipun berada jauh dari keluarga di Malaysia.
Apa yang perlu, doakan saja agar Nur Amalina mencapai kejayaan di dalam pengajiannya di luar negara dan pohonlah agar beliau kembali ke imej asal sebagai seorang gadis berbangsa Melayu yang kuat pegangan Islamnya.
Berikut adalah beberapa keping gambar Nur Amalina yang telah tersebar sebagaimana yang dimaksudkan:





P/s: AF berdoa agar Nur Amalina kembali ke Pangkal Jalan.. AF sendiri Bangga kerana ada anak Melayu berjaya mendapat 17A1 dalam SPM.. tetapi berita ini hebat diperkatakan, ada sedikit kecewa juga kan..

Sumber : MyNewsHub

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More