f


-->

facebook

Halaman

Friday, 23 December 2011

Tiz Zaqyah Dan Peminat Kena Tipu !


Assalamualaikum semua rakan rakan, pengunjung setia Blog Ameer Fitri, Terima Kasih diucapkan..

Pelakon comel molek, daripada Drama popular, Nurkasih .. semestinya Tiz Zaqyah.. 
Dikatakan ditipu oleh perunding percutian, merupakan ahli kelab peminatnya juga..
Apa nak jadi dengan Dunia sekarang, menipu melibatkan Artis pula tu...

Kesian Tiz Zaqyah, dah la tolak tawaran berlakon semata-mata mahu bersama dengan peminat,
sekali kena tipu dengan peminat sendiri.. apa boleh buat kan? Buat laporan polis...

Ketahui berita selanjut nya di bawah ni k....


KAJANG: “Kejadian ini langsung tidak saya duga. Saya tolak tawaran berlakon semata-mata mahu bercuti bersama peminat,” kata Tiz Zaqyah selepas rombongan dia bersama 35 peminat untuk ke Perth, Australia, dijadualkan kelmarin terbantut angkara kegagalan perunding yang juga ahli kelab peminatnya menunaikan janji.Program bercuti dinamakan Percutian Cik Qyah yang dirancang sejak Mac lalu sepatutnya bermula kelmarin sehingga Ahad ini, bagaimanapun ia menjadi igauan buat semua peserta rombongan apabila mereka terkandas di lapangan terbang dan menyedari ditipu pada saat akhir.Tiz berkata, program itu diuruskan seorang daripada ahli kelab Tiz Zaqyah Razak Fan Club (TZRFC) membabitkan pembayaran keseluruhan lebih RM60,000 selepas setiap peserta dikehendaki membayar RM1,700 dan RM1,900.“Saya hampa, kesal serta bersimpati dengan ahli kelab peminat dari Brunei dan Singapura semata-mata turut serta percutian ke Perth. Namun, kami ditipu perunding percutian yang juga ahli TZR FC sendiri.“Ia bukan isu kecil kerana membabitkan wang dalam jumlah banyak sehingga kami buat laporan polis. Saya tidak boleh komen apa-apa ketika ini dan menyerahkan kepada polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.
P/s: Speechless.. AF pun peminat Tiz Zaqyah.. Peminat je.. tak lebih daripada itu..

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More