f


-->

facebook

Halaman

Sunday, 4 December 2011

Punca Banjir Kilat Di Kajang


Assalamualaikum wbt.... Agak tergempar jugakan, 
Kawasan Kajang tiba-tiba ditenggelami air Banjir, dengan sekelip mata...

Banjir Di Kajang juga dikatakan mempunyai kaitan Aktiviti Korek Pasir...
baca lah artikel di petik daripada Berita BERNAMA

KAJANG – Kegiatan sindiket mengorek pasir secara haram dan pembangunan tidak terancang dipercayai menjadi faktor penyumbang kepada banjir kilat luar biasa yang berlaku di bandar Kajang kelmarin.
Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara, Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, kedua-dua faktor itu mempercepatkan berlakunya banjir selain faktor hujan lebat.
“Pembangunan dan aktiviti manusia (korek pasir) boleh menjejaskan sistem pengaliran air dan bahan-bahan konkrit seperti jalan dan bangunan akan menyebabkan berlaku gangguan aliran sungai seterusnya mempercepatkan banjir,” ujarnya ketika dihubungi semalam.
P/s : Hentikan lah Aktiviti Korek Pasir Di Kajang mahupun Seluruh Selangor.. agar tiada lagi Bencana
banjir kilat berlaku....

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More