f


-->

facebook

Halaman

Friday, 23 December 2011

Pencapaian Calon PMR Tahun 2011

Pencapaian Calon PMR 2011

Assalamualaikum wbt kepada rakan rakan blogger mahupun pengunjung-pengunjung setia...

Disini, AF mengucapkan Tahniah kepada adik-adik Calon PMR 2011 berjaya mendapat 8A
dalam menduduki Penilaian Menengah Rendah atau senang dikenali PMR.
Pencapaian keputusan PMR tahun 2011 memberansangkan , kerana telah meningkat sebanyak 0.75 Peratus.

Sapa tak bangga kan?? Adik-adik semua berjaya dalam PMR.. tetapi mendukacita juga,
Kepada adik-adik yang tidak berjaya dalam PMR, sila usahakan diri, berjaya dalam SPM..
dont play play, dan jangan anggap, adik-adik yang bakal berada di Tingkatan 4 adalah Tahun 'Honeymoon'.
Tingkatan 4 lah tahun yang perlu  berusaha bersungguh-sungguh, tak ada lah tahun nak SPM.. baru terhegeh-hegeh k...

nak ketahui berita selanjut nya...

PUTRAJAYA – Seramai 34,271 pelajar daripada 441,137 yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 30,863 pada 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, pencapaian pada tahun ini meningkat sebanyak 0.75 peratus berbanding tahun lalu.
“Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan PMR 2011 di sini semalam.
Beliau berkata, kementerian itu berterima kasih kepada guru dan pelajar serta semua pihak yang berkenaan atas usaha mereka membantu meningkatkan GPN tahun ini.
Abd. Ghafar berkata, bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini.
Menurut beliau, suatu yang membanggakan adalah pencapaian calon berkeperluan khas yang menunjukkan peningkatan dengan 12 daripada 1,370 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding lima orang pada tahun lalu.
Menyentuh mengenai prestasi mata pelajaran, beliau memberitahu, calon yang mendapat gred A dalam Matematik meningkat kepada 30.2 peratus berbanding 28.9 peratus pada 2010, manakala Sains mencatatkan peningkatan empat peratus.

P/s : Tahniah kepada Adik-adik yang berjaya dalam PMR !!

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More