f


-->

facebook

Halaman

Saturday, 31 December 2011

Osbon Juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2011


Assalamualaikum wbt kepada rakan-rakan blogger, pengunjung2 setia di blog yang tak seberapa ini...
dan tidak lewat untuk AF ucapkan Tahniah kepada pemenang-pemenang Maharaja Lawak Mega (MLM)
pada malam tadi....

Osbon merupakan Pelawak Otai , dan sekali gus menlayakan kumpulan Otai ini menjuarai 
rancangan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2011 ini, dengan mengalahkan Boboy (Malaysia) , Saehu (Indonesia) , Syok (Singapura) . Persembahan yang Mantap juga dari semua kumpulan yang bertanding bagi memenangi Pertandingan Lawak yang berprestij ini...

AF, ucapkan Tahniah kepada Semua Kumpulan, kerana berjaya membuat penonton tidak kering gusi kerana lawak-lawak anda itu... Tahniah Sekali lagi.....

ingin ketahui berita selanjutnya ... sila lihat di bawah..

Kumpulan Osbon yang dianggotai Abon dan Os malam tadi dinobatkan juara pertandingan Maharaja Lawak Mega, sekali gus merebut hadiah wang tunai sebanyak RM350,000.
Dengan tema bebas dan muzikal, Osbon berjaya mengetepikan saingan terdekatnya iaitu kumpulan Boboi yang dianggotai Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik.
Boboi jatuh ditempat kedua manakala kumpulan dari Indonesia, Saehu ditempat ketiga dan kumpulan gabungan dari Malaysia serta Singapura, Syok ditempat keempat.
Pertandingan yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna itu diadili oleh Datuk Chef Wan, Zainal Abidin Hassan, Datuk Siti Nurhaliza manakala Aaron Aziz sebagai juri jemputan.
Untuk rekod, Maharaja Lawak Mega memfokuskan kepada pelawak profesional.
Menampilkan barisan pelawak terkenal dari Malaysia, Indonesia dan Singapura, ia disertai 41 pelawak terkenal dengan 17 kumpulan dan solo.
Diadakan bertujuan untuk mencari pelawak ‘terbaik di antara yang terbaik’ di Asia Tenggara.
Hanya 30 peratus undian berdasarkan SMS manakala selebihnya bergantung kepada pemarkahan juri tetap.
Pemilihan peserta dari luar negara dibuat berdasarkan personaliti mereka dan mempunyai nama di negara sendiri.
Bahkan setiap peserta diberi kebebasan dalam memilih anggota kumpulan sendiri bagi menempuh ujian yang bakal ditempuhi selama 10 minggu itu.
P/s : Tahniah Osbon !!

Sumber : MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More