f


-->

facebook

Halaman

Friday, 2 December 2011

Kumpulan Pelawak Maharaja Lawak Mega Ditahan Kerana Ganja?


Assalamualaikum wbt..... Berita yang agak menggemparkan untuk seluruh 
peminat-peminat rancangan Maharaja Lawak Mega yang bersiaran di Saluran Astro Warna...

Bahawanya, Kumpulan Pelawak dari Negara Indonesia dikatakan 'Ditahan' Kerana Ganja
di lapangan terbang di Indonesia sebelum bertolak ke Malaysia untuk pertandingan ini...

Dasyat okay!! tapi ini bukan lah Ganja, hanya daun biasa... apa-apa pun korang baca la artikel dibawah ini..

Saehu adalah salah sebuah kumpulan pelawak dari Indonesia yang menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM).
Populariti Saehu dari hari ke hari semakin meningkat terutama Bocil, salah seorang anggota kumpulan tersebut.
Fizikal Bocil yang kenit itu sering membuatkan penonton terutama juri MLM tidak kering gusi dengan gelagatnya.
Namun portal hiburan Murai.com.my melaporkan ketiga-tiga ahli kumpulan ini nyaris ditahan di lapangan terbang di negara mereka sebelum ke Malaysia baru-baru ini.
Semuanya gara-gara GANJA!Namun selepas diselidiki, pihak berkuasa akhirnya melepaskan kesemua mereka kerana daun yang pada mulanya disangka ganja itu cumalah kostum daun yang direka khas untuk dibawa ke Malaysia bagi menyertai pertanding MLM, pergh!
Daun itu diambil di rumah salah seorang ahli kumpulan berkenaan.
Nasib baiklah ia bukan ganja, kalau tak terlakarlah sejarah ketiga-tiga pelawak itu ditahan kerana memiliki dadah.
P/s : kalau tidak, habis kecoh di seluruh Indonesia mahupun negara-negara serantau... Malu beb...
Indonesia dah lah kalah dengan Malaysia dalam acara Bola Sepak Sukan Sea, bertambah malu lagi kalau Saehu ini dikatakan memiliki Ganja tetapi hanya menghadapi salah faham sahaja... apa-apa pun lawak mereka memang tak kering gusi... terbaek..

Sumber : MyNewsHub.My

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More