f


-->

facebook

Halaman

Saturday, 31 December 2011

Chef Wan Akan Tutup Akaun Facebook 2012


Assalamualaikum wbt.... Sejak tamat nya rancangan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2011 ini...
macam-macam gosip , berita hangat yang diperkatakan.

Salah satu nya, Chef Wan iaitu Pengkritik untuk Maharaja Lawak Mega (MLM) yang agak pedas, lantang.
dikatakan akan menutup akaun Facebook kerana kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tak faham-faham bahasa kot. HaHaHa.

Sabar la Chef Wan, buat-buat tak tahu sudah la yer. 

Jika korang ingin ketahui berita selanjutnya.. lihat dibawah.

KUALA LUMPUR – Kerana kecewa dengan mentaliti segelintir peminat dan pihak-pihak tertentu yang bertelagah, mengutuk dan menghina sesama sendiri di akaun laman sosial Fan Page Facebook miliknya, Datuk Chef Wan memutuskan untuk menutup akaun tersebut menjelang tahun 2012.
Menurut Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail keputusan itu dibuat demi kebaikan bersama memandangkan beliau mendakwa akaun tersebut telah disalahgunakan serta menjadi punca sikap hasad dengki dan ‘tikam belakang’ sesetengah pihak.
“Saya rasa lebih baik saya tutup akaun Facebook itu untuk kebaikan semua. Kalau ‘fanpage’ itu menjadi punca hasad dengki, kutuk-mengutuk dan tikam belakang, lebih baik saya tutup sahaja,” katanya yang dipetik dari laman portal hiburan terkenal,Gua.com.my.
Chef Wan berkata, tujuan beliau membuka akaun Fan Page Facebook tersebut adalah untuk berkongsi pengalaman dan pendapatnya dengan para peminat, namun ia seolah-olah tersasar dari tujuan itu dan menjadi medan segelintir pihak untuk melemparkan pelbagai hinaan kepadanya.
“Tujuan saya buat ‘fanpage’ dulu adalah untuk berkongsi pendapat dan pengalaman tetapi sekarang sudah lain jadinya. Ada yang sanggup melemparkan pelbagai hinaan dan kutukan terhadap saya.  Mereka ambil kesempatan dengan ruang yang saya berikan,” jelasnya kesal dengan apa yang berlaku.
Justeru kecewa dengan kontoversi yang tercetus selama ini, beliau memutuskan untuk tidak lagi berinteraksi dengan para peminat menerusi laman sosial itu pada tahun hadapan dan mahu hidup dengan tenang bersama keluarga.
“2012 saya tidak akan gunakan laman sosial sebagai medium perantaran antara saya dan peminat. Saya memang ada akaun twitter, tapi akaun itu tidak aktif pun. Cukuplah dengan apa yang telah saya lalui, dan saya mahu menjalani hidup bersama keluarga dengan gembira,” katanya lagi.
Chef Wan sering mencetus kontroversi dengan kritikan-kritikan pedasdi Facebooknya tentang pelbagai isu sama ada berkait rapat dengan industri hiburan tanahair mahupun mengenai gejala kurang sihat generasi muda yang gemar melepak membuang masa di kompleks membeli belah.
Adlin Aman Ramli sebelum ini juga mengisytiharkan ‘perang Facebook’ terhadap Chef Wan setelah dikritik hebat oleh selebriti masakan itu terhadap persembahannya pada minggu ketujuh Maharaja Lawak Mega (MLM) yang menyaksikan anak pelawak AR Tompel itu terkeluar dari saingan.
Di dalam satu wawancara bersama media baru-baru ini, Chef Wan menegaskan bahawa meskipun beliau agak tegas dan pedas dalam memberikan kritikan, namun ia dilakukan atas dasar rasa tanggungjawab serta penuh ikhlas untuk melihat perubahan terbaik untuk pihak yang dikritiknya.
Bagaimanapun, difahamkan bahawa tindakannya mahu menutup akaun Facebook miliknya itu mendapat bantahan ramai memandangka ramai peminat yang gemar dan menyokong kritikan-kritikan beliau sebelum ini.
P/s : Buat tak tahu sudah ler...

Sumber : MyNewsHub 

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More