f


-->

facebook

Halaman

Sunday, 11 December 2011

Ana Dahlia Sah Bergelar Isteri Chef Riz


Assalamualaikum wbt... 

Tahniah kepada Chef Riz anak kepada Chef Wan, kerana telah bergelar seorang suami, dan juga 
Suami kepada isteri tercinta , Ana Dahlia... Semoga Perkahwinan korang ni hingga akhir hayat korang..
AF doakan agar korang berbahagia dengan bakal anak yang comel-comel...

Ana Dahlia sah menjadi isteri kepada chef selebriti yang juga anak kepada Chef Wan iaitu Mohd. Nadzri Redzuawan dengan sekali lafaz sahaja. Mereka melangsungkan majlis di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak.
Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 58, telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman, 59, kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.
Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin. Pada majlis tersebut, Ana menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala, pihak Riz menerima 15 dulang.
Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Fendi dari butik Syarakim.Majlis persandingan pasangan ini akan berlangsung pada sebelah malam di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.

P/s : Sama cantik, Sama Padan ... AF dan semua warga blogger ker? hehe doa agar Chef Riz dan Ana Dahlia bahagia atas perkahwinan mereka ini... Untung Chef Wan, dapat menantu yang cantik.. hehe

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More