f


-->

facebook

Halaman

Wednesday, 23 November 2011

Yuna Sahkan Kemenangan 'Penakut' Ditarik Balik


Assalamualaikum wbt....
AF terkejut betul dengan berita yang ini... adakah benar??

PENYANYI Yuna mengesahkan kontroversi mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenangi di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) baru-baru ini.
Penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu mengesahkan menerusi laman Twitter miliknya tengah hari tadi.
"Ya ia benar. Tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyukai lagu tersebut," ujarnya.
Terdahulu, akhbar melaporkan, berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.
Turut dilaporkan, anugerah itu akan diserahkan kepada komposer Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih yang memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik.
Difahamkan, pihak penganjur iaitu RIM dan AIM akan mengadakan sidang akhbar khas di Hotel Maya pada Khamis bagi menjelaskan kekeliruan itu.
Yuna dalam satu mesej lain di laman Twitter memberitahu dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan dan memohon supaya ia diajukan kepada pihak penganjur.
Pada anugerah itu, Yuna menggondol tiga anugerah iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat selain Lagu Terbaik (Penakut).

P/s : AF macam tak percaya, apa sebab nya Anugerah ditarik balik? kalau dah tahu Yuna tak layak, kenapa dia dipilih? tak ke sengal... bior je la..

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More