f


-->

facebook

Halaman

Thursday, 17 November 2011

Melaka Bebas Rokok.. Biar Betul..


Assalamualaikum wbt Semua pengunjung2 setia Blog Ameer Fitri...

pada hari ini, AF bangga walaupun agak kelewatan mengenai berita ini kan...
nak buat guane,sibuk sejak kebelakangan ini... akhirnya dapat juga hupdate blog kesayangan...

Berita tergempak, Melaka Bebas Asap Rokok... AF setuju dan Sokong usaha Kerajaan Melaka 
berusaha menghapuskan Rokok di Negeri Melaka.. tetapi, mesti ramai yang tak setuju punya...
terutama, kepada pentegar2 rokok di Melaka... kesian betul AF tengok...
tetapi ini untuk kebaikkan korang juga kan?? Korang tu bukan sayangkan diri... 
nak suruh Diri Sendiri sakit, itu dah dikatakan Dosa beb.. sebab memudaratkan diri..

MELAKA – Sebanyak 7,868 kilogram rokok putih  dan 607 liter minuman keras dilupuskan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Melaka di sini hari ini.
Pengarahnya, Datuk Mohd. Nasir Said berkata, kesemua barangan seludup tersebut dianggarkan bernilai hampir RM4 juta.
“Sejak Januari lalu Kastam Melaka telah melupuskan pelbagai barangan yang belum lulus Kastam bernilai hampir RM3 juta dan cukai sebanyak RM11.4 juta.
“Barang itu termasuk rokok, mercun, minuman keras, kenderaan, kayu balak, cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD),” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Pelupusan Barang-Barang Lucut Hak Kali Ke-10 Tahun Ini di tapak pelupusan di Bukit Katil di sini hari ini.
Mohd. Nasir seterusnya berkata, barangan tersebut dilupuskan dan tidak dijual kepada orang awam kerana kesemuanya dibawa masuk tanpa setem cukai.
Menurutnya, barangan tersebut juga dilupuskan kerana dikhuatiri akan menjejas kesihatan terutama rokok yang hanya jangka hayat enam bulan.

P/s : Mudah2an Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang lain dapat meneruskan usaha ini..
Tanpa rokok adalah Kebaikkan untuk semua..

Petikan : MyNewsHub.my 

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More