f


-->

facebook

Halaman

Friday, 25 November 2011

Keputusan Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke 26 | Part 2


Assalamualaikum wbt kepada rakan rakan AF di arena Blogger ini..
yang sudi datang serbu Blog AF yang tak seberapa ini...
Berakhir juga Part Kedua untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 26 malam ini..

dan lagu-lagu yang layak menduduki Carta Top 5 malam ini adalah :-

  1. Hazama - Cinta Teragung
  2. Aizat - Sungai Lui
  3. Projek Pistol - Wanita Seluruh Dunia
  4. Najwa Latiff - Cinta Muka Buku
  5. Monoloque Ft Atilia - Kekanda Adinda

P/s: Dah agak, Najwa Latiff berjaya masuk Carta Top 5... Tahniah Tahniah...

Majlis Perkahwinan Chef Riz DiTaja


Assalamualaikum wbt.....
AF disini berdoa, agar perkahwinan Chef Riz kita ini bahagia sehingga cucu cicit dan hingga ke syurga...
tetapi dengar cerita Perkahwinan Chef Riz kita ini, Ditaja oleh bapanya...
untung dapat Bapa yang baik seperti Chef Wan... yer la kan.. anak Lelaki yang Tersayang...
' Tuah ayam nampak di Kaki, Tuah Manusia siapa la yang tahu '

Chef selebriti, Datuk Redzuan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan bakal menaja majlis perkahwinan anak lelaki tunggalnya, Mohd Nadzri Redzuwan (chef Riz).
Chef Wan menerusi status di laman Facebook miliknya memberitahu, dia juga akan menaja pakej berbulan madu untuk pasangan pengantin baru itu selama seminggu tetapi masih merahsiakan destinasi sebagai kejutan.
“Dia hanya perlu mengeluarkan wang untuk hantaran, wang hantaran pada pihak perempuan selain mas kahwin dan cincin untuk bakal isterinya. Selebihnya saya akan uruskan sebagai hadiah untuk anak lelaki tersayang” ujarnya menerusi status tersebut.
Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu, dia menaja perkahwinan anaknya itu tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
“Falsafah hidup saya adalah untuk menjadi pemurah kepada insan yang kita sayangi. Saya tidak mahu menyesal di kemudian hari kerana tidak dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya sayang. Walaupun rezeki yang kita dapat sedikit, kongsi sedikit dengan keluarga sebagai tanda kasih sayang dan hormat kepada mereka” ujarnya.
Chef Riz,30 dan pelakon Ana Dahlia, 28, akan melangsungkan pernikahan pada 11 Disember depan yang akan diadakan di rumah keluarga Ana di Changkat Jering, Taiping, Perak.
Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan berlangsung di Sungai Koyan, Raub Pahang pada 18 Disember.

P/s : AF doakan Chef Riz kita ini, menjadi Suami yang Soleh dan mithali... caya la Chef Riz...

Sumber : MyNewsHub 

Wednesday, 23 November 2011

Yuna Sahkan Kemenangan 'Penakut' Ditarik Balik


Assalamualaikum wbt....
AF terkejut betul dengan berita yang ini... adakah benar??

PENYANYI Yuna mengesahkan kontroversi mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenangi di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) baru-baru ini.
Penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu mengesahkan menerusi laman Twitter miliknya tengah hari tadi.
"Ya ia benar. Tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyukai lagu tersebut," ujarnya.
Terdahulu, akhbar melaporkan, berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.
Turut dilaporkan, anugerah itu akan diserahkan kepada komposer Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih yang memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik.
Difahamkan, pihak penganjur iaitu RIM dan AIM akan mengadakan sidang akhbar khas di Hotel Maya pada Khamis bagi menjelaskan kekeliruan itu.
Yuna dalam satu mesej lain di laman Twitter memberitahu dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan dan memohon supaya ia diajukan kepada pihak penganjur.
Pada anugerah itu, Yuna menggondol tiga anugerah iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat selain Lagu Terbaik (Penakut).

P/s : AF macam tak percaya, apa sebab nya Anugerah ditarik balik? kalau dah tahu Yuna tak layak, kenapa dia dipilih? tak ke sengal... bior je la..

Tuesday, 22 November 2011

Sukan Sea Ke-26 | Taktik Kotor P

Assalamualaikum wbt....

Pelik lah, sebaik memenangi perlawanan diantara Pasukan Negara Malaysia menentang Indonesia,
Petugas Doping Control ( Ujian Saringan Penyalahgunaan Dadah )
meluru menghampiri Pasukan Negara Malaysia, Kononnya untuk melakukan 
ujian saringan penyalahgunaan dadah terhadap Pemain..
Nasib baik di halang... Cuba korang semua lihat video ini dibawah...

Betapa Jijiknya permainan Negara Indonesia...
Sepatutnya Indonesia tidak layak menganjurkan Pertandingan Sukan Sea ini...


P/s : AF betul betul kecewa dengan Indonesia,yang langsung tidak berprofesional menganjurkan 
acara Sukan Sea di Sana...

Sukan Sea Ke-26 | Air Mata Garuda


Assalamualaikum wbt.....

Air Mata Garuda akhirnya berguguran jua.... disebabkan Harimau Malaya membaham Garuda..
Peminat Bola Sepak Indonesia... bersedih kerana Indonesia gagal memiliki Emas
untuk Sukan Sea Ke 26 di Stadium Gelora Bung Karno..

Akhirnya Pasukan Malaysia ( Harimau Muda ) berjaya menjadikan Malaysia sebagai
Pasukan Terbaik di Rantau Asia ini... Mudah-mudahan..
Pasukan Malaysia teruskan semangat bermain Bola Sepak untuk Negara...

P/s : AF syukur sangat-sangat, Majulah Sukan untuk Negara.

Monday, 21 November 2011

Sukan Sea Ke-26 | Pingat Emas Milik Malaysia


Tahniah Pasukan Negara, Harimau Muda ( Malaysia )
berjaya dalam perlawanan Akhir Sukan Sea ke 26....
Sepakan Penalti Malaysia 5-4 Indonesia.... Tahniah Kepada Kapten Pasukan Malaysia
berjaya menjaringkan sepakan penalti... 

P/s : AF syukur sangat sangat atas kemenangan Pasukan Malaysia pada malam ini..

Saturday, 19 November 2011

Sukan Sea Ke-26 | Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Myanmar Part 2

Assalamualaikum wbt....

Tahniah kepada Pasukan Negara iaitu Harimau Malaya Muda (Malaysia)
berjaya menumpaskan Pasukan Lawan iaitu Myanmar
dengan Kelayakan ke Peringkat Akhir 1-0 ..
Ke minit 85 dijaringkan oleh Ahmad Fakri Saarani... Tahniah....

Tunjukkan Taring Harimau Malaya di peringkat Akhir.....

P/s: Tahniah... boleh masuk kerja dengan senyuman... hehehe 

Wedding Of The Year in Malaysia 2011


Assalamualaikum wbt....

Wedding of the year pada tahun 2011 yang telah mengalahkan Artis paling kontroversi
iaitu , Memey & Norman Hakim..... 

Pasangan yang berjaya mengalahkan pasangan tersebut adalah.........



Gelak guling guling AF tengok semalam Maharaja Lawak Mega malam tadi...
kepada sesiapa sesiapa yang sakit hati atau apa apa ker...
maaf AF hanya ingin bergurau.. dan ingin kongsi Video ini 
kepada rakan rakan yang belum tengok Video ini....

P/s: Osbon, Boboi & 3G the best buat sementara waktu ini....

Sukan Sea Ke-26 | Live Streaming Perlawanan Malaysia Vs Myanmar


Entry yang ringkas tetapi bermakna kepada blogger @ pengunjung yang tak dapat tengok TV secara Live..
Jom tengok live Streming.. Jom Sokong Pasukan Negara Malaysia..

Sukan Sea Ke-26 | Separuh Akhir Malaysia Vs Myanmar Part 1


Assalamualaikum wbt... 

Jom ramai ramai menyaksikan Sukan Sea ke 26 untuk acara Bola Sepak
Perlawanan diantara Pasukan Negara 'Malaysia' Vs 'Myanmar' pada petang ini..
hari Sabtu bersamaan 19th November 2011.. 

Ayuh, Rakyat Malaysia doakan kejayaan Pasukan Negara akan beraksi di peringkat Akhir
untuk mendapatkan Pingat Emas untuk Negara...
dan juga kepada Pemain yang bakal beraksi petang ini... Good Luck Beb...

P/s: Dapat tengok kejap, lepas tu nak masuk kerja sudah... huhuhu

Sukan Sea Ke-26 | Lagu NegaraKu Tidak Dihormati


Assalamualaikum wbt....
AF rasa sakit hati bila lihat , Lagu NegaraKu Malaysia tidak dihormati bila berkumandang 
di Stadium Gelora Bong Karno.. Apakah Perasaan Rakyat Malaysia??
adakah korang tidak sakit hati atau buat buat tak tahu...

Mungkin Bangsa Tidak BerTamadun berkelakuan seperti ini..
tak dapat bayangkan kalau Sukan Sea Ke-26 diadakan di Malaysia..
dan Kita di Malaysia berkelakuan seperti itu, Semestinya ramai kena hack...
Malas nak tulis panjang lebar... korang tengok lah sendiri, 
Jika korang Rakyat Malaysia, apa perasaan korang okay?? Tepuk Dada Tanya Selera...


P/s: Cukup kesal dengan Perangai Rakyat Indonesia seperti itu..

Friday, 18 November 2011

Keputusan Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke 26 | Part 1



Assalamualaikum wbt kepada rakan rakan AF, yang sudi datang serbu blog AF yang tak seberapa ini...
Berakhir sudah Part pertama untuk separuh akhir Muzik-Muzik ke 26 malam ini..
dan ini merupakan Senarai Top 5 untuk Separuh Akhir Part 1 iaitu :- 

1. kisah hati -alyah2. mata hati - nubhan3. beribu sesalan - shila amzah, jaclyn victor & ning baizura4. awan nano - hafiz5. gadis semasa - yuna

Tetapi AF kurang berkenan dengan Keputusan tadi, Kenapa lah Stacy tak masuk ke
dalam kumpulan Top 5... Adakah , Juri Muzik-Muzik kali ini nak sabotaj atau tidak...
tak pasti la.. Memang AF kurang berpuas hati dengan Keputusan Nubhan layak  bersama
dengan Kumpulan Top 5 kali ini... Bukan la AF ini tak suka ke apa, memang tak layak jadi juri
profesional... hanya layak untuk Juri Blog sahaja... hahahaha (perasan kan~~)
Tapi artis yang lain memang berpuas hati... Tahniah...

P/s: Memang sedap suara stacy tadi.. tetapi kenapa la tak lepas...

Thursday, 17 November 2011

Sukan Sea Ke-26 | Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Indonesia


Assalamualaikum wbt...

Tahniah kepada Pasukan Negara iaitu Harimau Malaya berjaya menumpaskan Pasukan Garuda..

Malaysia 1 - 0 Indonesia

Keputusan Penuh pada Perlawanan malam ini, 
Tahniah Harimau Malaya !! Teruskan usaha untuk mendapat Takhta Juara Sukan Sea Ke 26.

P/s: AF tak berpuas hati dengan tahap kepuasan Padang Stadium untuk dibuat 
Pertandingan Berprestis.. Harap Perlawanan Seterusnya, Tahap kualiti padang itu memuaskan..

Sukan Sea Ke-26 | Malaysia Vs Indonesia Part 1


Assalamualaikum wbt semua rakan rakan yang sudi jenguk blog ini...

Siapakah yang bakal ke Peringakt Separuh Akhir...
Perlawanan malam melibatkan Pasukan Negara, iaitu Malaysia Vs Indonesia..
Apa yang kita boleh buat, berdoa agar Pasukan Negara dapat menebus
kesilapan sepanjang Sukan Sea Ke 26 berlangsung...

Come On Malaysia... you can do it... chaiyok chaiyok....

P/s: AF akan bersambung selepas Perlawanan Tamat...

Melaka Bebas Rokok.. Biar Betul..


Assalamualaikum wbt Semua pengunjung2 setia Blog Ameer Fitri...

pada hari ini, AF bangga walaupun agak kelewatan mengenai berita ini kan...
nak buat guane,sibuk sejak kebelakangan ini... akhirnya dapat juga hupdate blog kesayangan...

Berita tergempak, Melaka Bebas Asap Rokok... AF setuju dan Sokong usaha Kerajaan Melaka 
berusaha menghapuskan Rokok di Negeri Melaka.. tetapi, mesti ramai yang tak setuju punya...
terutama, kepada pentegar2 rokok di Melaka... kesian betul AF tengok...
tetapi ini untuk kebaikkan korang juga kan?? Korang tu bukan sayangkan diri... 
nak suruh Diri Sendiri sakit, itu dah dikatakan Dosa beb.. sebab memudaratkan diri..

MELAKA – Sebanyak 7,868 kilogram rokok putih  dan 607 liter minuman keras dilupuskan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Melaka di sini hari ini.
Pengarahnya, Datuk Mohd. Nasir Said berkata, kesemua barangan seludup tersebut dianggarkan bernilai hampir RM4 juta.
“Sejak Januari lalu Kastam Melaka telah melupuskan pelbagai barangan yang belum lulus Kastam bernilai hampir RM3 juta dan cukai sebanyak RM11.4 juta.
“Barang itu termasuk rokok, mercun, minuman keras, kenderaan, kayu balak, cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD),” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Pelupusan Barang-Barang Lucut Hak Kali Ke-10 Tahun Ini di tapak pelupusan di Bukit Katil di sini hari ini.
Mohd. Nasir seterusnya berkata, barangan tersebut dilupuskan dan tidak dijual kepada orang awam kerana kesemuanya dibawa masuk tanpa setem cukai.
Menurutnya, barangan tersebut juga dilupuskan kerana dikhuatiri akan menjejas kesihatan terutama rokok yang hanya jangka hayat enam bulan.

P/s : Mudah2an Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang lain dapat meneruskan usaha ini..
Tanpa rokok adalah Kebaikkan untuk semua..

Petikan : MyNewsHub.my 

Contest Yang Meletop Di Abad Ini


Assalamualaikum wbt kepada rakan rakan yang sudi menjenguk blog yang tak seberapa ini..

AF nak tolong kawan AF promote Kontes Penyertaan ini..
harap ada yang sudi nak join....
AF hanya dapat beritahu syarat syarat Penyertaan ini...

SR TETAP RESOURCES memerlukan logo baru utk syarikat mereka.

Syarat² Penyertaan:-T'buka kpd smua warga MySelamba-Saiz Logo (3.5 cm x 5.0 cm)-Boleh design lebih dari 1 dan kurang drpd 5-M'gunakan ayat mengikut kreativiti anda s'diri (Contoh: SRT , SRTR & lain²)-Detail lain,syarikat ini b'kaitan IT(Teknologi Maklumat)-Icon tengkorak atau yg tidak b'kaitan IT akan di reject..-Hanya 1 logo sahaja akan dipilih oleh Pengurus SR Tetap Resources.
Cara² Post Logo:-Upload logo anda di uploader (contoh: Mediafire)-Kemudian post logo beserta link download anda di bwhTarikh contest: 16 hingga 23 November 2011
**Pemenang akan di umumkan pada 24 November 2011.

Kepada rakan rakan yang nak join tu, boleh lah layari MySelamba.Com
Hadiah Misteri untuk Pemenang Kontes ini..

P/s: tak pandai nak design, memang tak sertai la jawab nya...

Malaysia Bakal Dilanda Banjir Lebih Teruk Tahun Ini


Assalamualaikum wbt...

Banjir... Banjir... Banjir...
Dikatakan Banjir pada tahun ini dijangkakan lebih teruk... 
ini bermakna, semua rakyat Malaysia perlu bersiap sedia menghadapi banjir yang bakal ditiba...

KUALA LUMPUR – Orang ramai di seluruh negara terutama di negeri-negeri yang kerap dilanda banjir perlu bersiap sedia dengan baik dan lebih awal pada tahun ini.
Ini berikutan ramalan Jabatan Meteorologi bahawa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia selain Sabah dan Sarawak akan menerima lebihan hujan antara 20 dan 40 peratus berbanding tahun lepas dalam tempoh antara November ini hingga Mac tahun hadapan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negeri-negeri yang dijangka menerima hujan yang tinggi ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan dan Sabah.
“Tahun lalu ada banjir, tetapi kita ramalkan tahun ini mungkin lebih sedikit.“Jika ramalan itu tepat, kita telah buat persiapan lebih rapi dan terperinci dari tahun lalu. Kita sudah bersedia untuk menghadapi segala bentuk bencana banjir,” katanya kepada pemberita di Putrajaya di sini selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai persiapan banjir.
Tambah beliau, keadaan juga kata beliau mungkin diburukkan dengan Fenomena air pasang besar pula diramalkan akan berlaku pada 25 Dis ini dan 23 Jan tahun depan.
Bagi menghadapi kemungkinan banjir yang lebih buruk katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyenaraikan 5,156 buah pusat pemindahan yang boleh menampung 1.4 juta mangsa banjir di seluruh negara.Muhyiddin berkata aset seperti bot penyelamat, trak, kenderaan pacuan empat roda, helikopter, pam air dan set janakuasa elektrik diletakkan di tempat-tempat strategik iaitu berdekatan dengan kawasan yang berisiko banjir, bagi memudahkan ia digerakkan bagi tujuan menyelamatkan mangsa banjir.
Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diminta untuk melaksanakan penyelenggaraan terhadap sungai dan longkang supaya ia tidak tersumbat bagi menghadapi musim tengkujuh ini terutamanya di kawasan yang berisiko dilanda banjir.
Kementerian Pelajaran pula telah mengaktifkan persediaan menghadapi banjir di sekolah-sekolah yang terlibat, kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.
Dewan-dewan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia adalah di tingkat satu bangunan sekolah terutama sekali bagi pusat-pusat peperiksaan yang diramal berisiko dilanda banjir, katanya.
Muhyiddin berkata 510 buah sekolah yang digunakan bagi tujuan peperiksaan telah dikategorikan sebagai berisiko dilanda banjir iaitu 96 buah sekolah menengah dan 414 buah sekolah rendah membabitkan 201,543 orang pelajar.Sebanyak 2,459 buah sekolah di 120 daerah dan kawasan akan digunakan sebagai penempatan sementara bagi mangsa banjir.Beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mewujudkan depot bekalan keperluan bencana di lima wilayah serta 477 pangkalan hadapan.Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta media elektronik swasta telah diminta supaya menyediakan kapsul maklumat bencana bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai langkah berjaga-jaga semasa banjir.
Muhyiddin berkata Jabatan Penyiaran juga akan menyediakan slot kepada Jabatan Meteorologi dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menyampaikan maklumat ramalan cuaca serta amaran awal dari semasa ke semasa kepada rakyat melalui media elektronik.
“Orang awam terutama mereka yang tinggal di kawasan yang sentiasa dilanda banjir perlu sentiasa peka dengan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa,” katanya.Orang ramai turut dinasihatkan tidak menunggu sehingga saat akhir untuk berpindah dan ibu bapa juga disarankan lebih bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan anak masing-masing dengan melarang mereka daripada bermain air banjir.
Muhyiddin berkata kerajaan menyambut baik penglibatan sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu dalam pengurusan bencana, lebih-lebih lagi di pusat pemindahan.
Katanya bagi bantuan wang tunai, kerajaan mengalu-alukan sumbangan orang awam dan sektor korporat ke tabung bantuan bencana yang diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara, dikenali Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara, bagi mengurangkan beban mangsa seperti membaiki rumah yang rosak.
Muhyiddin kemudian melancarkan portal banjir MKN sebagai portal maklumat terpusat mengenai situasi banjir bagi memudahkan masyarakat untuk mendapatkan maklumat ramalan cuaca, amaran paras sungai, jalan yang ditutup serta maklumat lain daripada agensi berkaitan melalui http://portalbanjir.mkn.gov.my.

P/s: Mudah-Mudahan, tak ada apa apa yang menimpa di Malaysia kelak...

kredit : MyNewsHub.my

Semak Keputusan UPSR Menerusi MySms

Assalamualaikum wbt..
Terima kasih pada yang sudi datang menjenguk blog AF yang tak seberapa ini..
kepada yang dah masuk, sudi sudi la follow blog AF yang tak seberapa ni..

Dasyat betul dengan teknologi sekarang, boleh semak result UPSR dengan
sms jer... dulu time AF, datang sekolah dengan family, kena mengadap
guru kelas untuk terima keputusan tu... pergghhh.. masa tu TUHAN je tahu...

PUTRAJAYA – Para calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) boleh membuat semakan keputusan peperiksaan mereka menerusi sistem pesanan ringkas mySMS 15888 mulai pukul 10 pagi Khamis.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, perkhidmatan itu akan diaktifkan sehingga 12 tengah malam 23 Nov.
Pengumuman rasmi analisis keputusan UPSR akan dibuat di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran, Parcel E di Putrajaya pukul 9 pagi Khamis. – BERNAMA
P/s : SMS - mySMS hantar ke 15888 okay... Good luck My Bro n Sis yang bakal terima keputusan esok..
kredit : mynewshub.my

Sunday, 13 November 2011

Keputusan Penuh Anugerah Industri Muzik Ke- 18

Assalamualaikum Kepada Rakan rakan yang sudi menjenguk semula 
blog AF yang tidak seberapa ini...

Walaupun Malam AIM ke 18 ini agak hambar...
tetapi ada juga yang menarik nya...

1. Album Terbaik - Sheila Majid

2. Lagu Terbaik - Yuna , Penakut

3. Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) - Yuna , Penakut

4, Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki) - Anuar Zain , Sedetik Lebih

5. Anugerah Sri Wirama - Puan Beh Suat Pheng

6. Anugerah Kembara - Yuna

7. Artis Mobile Celcom Terbaik - Sixth Sense

8. Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang dipersembahkan oleh Artis Luar Negara - Rossa , Ku Menunggu

9. Video Muzik Terbaik - Aizat , Susun Silang Kata

10. Lagu Rock Terbaik - A.P.I , Pelita

11. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di dalam Lagu - Jaclynn Victor, Shiela Hamza, Ning Baizura ,
Beribu Sesalan

12. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Najwa , Got to Go

13. Lagu Pop Etnik Terbaik - Adibah Noor , Joget Tak Senang Hati

14. Lagu Nasyid Terbaik - Nora Ft V.O.U , Pedoman

15. Lagu Pop Terbaik - Anuar Zain , Sedetik Lebih

16. Artis Baru Terbaik - Najwa

p/s: tahniah kepada pemenang, kepada yang tidak bernasib baik..
buat lah terbaik untuk akan datang... Congrats.

Thursday, 10 November 2011

Chef Riz Menipu Semata-Mata Ingin Menjadi Juri MasterChef Malaysia


Assalamualaikum semua, 
Kepada rakan rakan yang sudi menjenguk blog ini yang tak seberapa

Timbul satu isu mengenai Anak Chef Terkenal iaitu, Chef Riz anak kepada Chef Wan
Menipu Status Kelayakkan Beliau Semata-mata mahu menyertai
atau pun menjadi Juri dalam rancangan MasterChef Malaysia...
yang AF sendiri minat, tak pernah lepaskan setiap Episode 
di Astro Ria, Saluran 104.. 


Kenapa la perlu menipu semata-mata ingin menjadi Juri di rancangan MasterChef Malaysia.
adakah beliau buat demikian semata-mata mahukan populariti...
tak tahu ke beliau tu anak kepada Chef Selebriti Terkenal , Chef Wan.

Jika nak tahu lebih lanjut.. 
layari la ..... Mynewshub

Harap Beliau sedar dengan apa yang beliau buat ini...

p/s: bangga dengan Chef Wan, yang tidak cepat melenting mahupun 
melindungi anak beliau...

Thursday, 3 November 2011

Shahir - Pendam


P/s : Perrrgghhhhh memang mantap vokal shahir...
Tahniah Shahir...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More