f


-->

facebook

Halaman

Wednesday, 12 October 2011

KL Sentral Runtuh !!


Lantai Konkrit yang masih dalam binaan Runtuh..


Pihak Berkuasa sedang meninjau di tempat kejadian.

AF ingatkan KL Sentral yang sedia ada ini runtuh... 
rupa nya bakal KL sentral yang baru tu dalam tempoh pembinaan
yang runtuh... AF harap pekerja binaan tersebut selamat..

KUALA LUMPUR: Lantai konkrit di kawasan pembinaan di KL Sentral runtuh pada pagi Selasa dan seorang pekerja dilaporkan cedera.
Ketika kejadian pekerja Bangladesh dilaporkan sedang menjalankan kerja-kerja menyimen di tingkat satu bangunan tersebut cedera apabila lantainya tiba-tiba runtuh pada pukul 11 pagi.
Mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan dilaporkan sedang menjalani pembedahan selepas terjatuh daripada ketinggian empat meter.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner, Wan Abdul Bahari Wan Khalid berkata ketika kejadian pekerja berkenaan peralatan keselamatan.
Difahamkan bangunan yang sedang dibina sejak dua tahun lepas itu akan dikenali sebagai 'Nu Sentral' mempunyai lebih 500 pekerja yang melakukan kerja-kerja pembinaan bermula pada 2009.
Ia dijangka siap sepenuhnya tahun depan.
Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Christopher Chong Hon Fah berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11 pagi dan sebuah jentera dengan lebih 30 anggota terlibat dalam menyelamatkan mangsa.
"Kita mengambil masa satu jam meronda di kawasan kejadian untuk memastikan tiada mangsa lain yang terlibat," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More