f


-->

facebook

Halaman

Monday, 17 October 2011

Jambatan Kedua Pulau Pinang DiJangka Siap Awal


GEORGE TOWN – Projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka siap awal dua bulan daripada yang dijadualkan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan kemajuan projek berkenaan yang kini mencapai 65 peratus iaitu dua peratus mendahului jadual ditetapkan.
“Jangkaan ini juga berdasarkan kesungguhan pihak kontraktor dalam melaksanakan projek itu dan ia mungkin akan siap dua bulan daripada yang dijadual iaitu pada November 2013,” katanya semasa melawat tapak projek berkenaan di sini hari ini.
Shaziman seterusnya berkata, jangkaan itu juga boleh dicapai sekiranya keadaan cuaca berada dalam keadaan baik sekali gus mempercepatkan projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Projek berharga kurang daripada RM4.5 bilion itu adalah usaha sama antara China Harbour Engineering Company Ltd dan UEM Builders Bhd, bermula tahun 2008.
Jambatan Kedua Pulau Pinang sejauh 24 kilometer itu merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Maung di bahagian Pulau dan Batu Kawan di bahagian tanah besar.
Dalam pada itu, Shaziman berkata, beliau meminta syarikat yang mengambil bahagian dalam pembinaan projek itu melatih lebih ramai tenaga kerja tempatan.
Ia kerana, kata beliau, projek berkenaan merupakan satu peluang untuk pelajar kejuruteraan tempatan menimba ilmu khususnya dalam projek pembinaan bersaiz besar seperti itu.  – Bernama

Sumber: Mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More