f


-->

facebook

Halaman

Saturday, 29 October 2011

Juara Piala Malaysia 2011 | Negeri Sembilan 2 - 1 Terengganu


Akhirnya... Negeri Sembilan Berjaya Menumpaskan Terengganu 2-1...
Tahniah kepada Negeri Sembilan kerana menjadi Juara Piala Malaysia 2011
dan kepada Pasukan Terengganu, Jangan Bersedih... Cuba lagi
Tahun Depan dalam Piala Malaysia... 

Jang oooo Jang....

Monday, 17 October 2011

Jambatan Kedua Pulau Pinang DiJangka Siap Awal


GEORGE TOWN – Projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka siap awal dua bulan daripada yang dijadualkan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan kemajuan projek berkenaan yang kini mencapai 65 peratus iaitu dua peratus mendahului jadual ditetapkan.
“Jangkaan ini juga berdasarkan kesungguhan pihak kontraktor dalam melaksanakan projek itu dan ia mungkin akan siap dua bulan daripada yang dijadual iaitu pada November 2013,” katanya semasa melawat tapak projek berkenaan di sini hari ini.
Shaziman seterusnya berkata, jangkaan itu juga boleh dicapai sekiranya keadaan cuaca berada dalam keadaan baik sekali gus mempercepatkan projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Projek berharga kurang daripada RM4.5 bilion itu adalah usaha sama antara China Harbour Engineering Company Ltd dan UEM Builders Bhd, bermula tahun 2008.
Jambatan Kedua Pulau Pinang sejauh 24 kilometer itu merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Maung di bahagian Pulau dan Batu Kawan di bahagian tanah besar.
Dalam pada itu, Shaziman berkata, beliau meminta syarikat yang mengambil bahagian dalam pembinaan projek itu melatih lebih ramai tenaga kerja tempatan.
Ia kerana, kata beliau, projek berkenaan merupakan satu peluang untuk pelajar kejuruteraan tempatan menimba ilmu khususnya dalam projek pembinaan bersaiz besar seperti itu.  – Bernama

Sumber: Mynewshub.my

60,000 pelajar hadap FB 4 jam sehari

Anggota Parlimen Arau Datuk Ismail Kasim melahirkan rasa bimbang dengan fenomena masa kini yang menunjukkan ramai pelajar di negara ini menghabiskan masa melayari laman sosial tanpa kawalan dan mendapatkan maklumat yang diragui daripadanya.

Ada kajian menunjukkan lebih 60,000 pelajar menghadap komputer lebih empat jam sehari semata-mata untuk melayari laman sosial termasuk facebook, katanya tanpa menyatakan sumber kajian itu.

azlanBercakap kepada para pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan karaoke 1Malaysia di Kampung Kebun, Arau dekat Kangar malam tadi, beliau bimbang fenomena itu akan merugikan masa depan mereka.

Ismail berkata, ada pelajar yang berterusan membuang masa dengan laman sosial meskipun di saat menghadapi peperiksaan penting.

Antara kesan negatif melayari laman sosial tanpa kawalan termasuk ada kes pelajar lari daripada rumah kerana ingin bertemu rakan barunya yang dikenali dalam laman itu selain kemerosotan pelajaran, katanya.

Ismail yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Arau juga bimbang dengan sikap orang ramai yang gemar mendapatkan maklumat mengenai perkara terkini melalui sumber yang diragui di internet.

Menurutnya, mereka sepatutnya mematangkan diri dengan mendapatkan maklumat sebenar mengenai negara dan sesuatu perkara melalui media arus perdana dan sumber yang sebenarnya.

-- Bernama 


Sumber : Malaysiakini

Sunday, 16 October 2011

Kenapa Awak Tidak Rogol Saya ??

Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

Thursday, 13 October 2011

Perbezaan Ikan Keli Memakan Bahan Haram Dan Halal





Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.





Sumber : http://www.NurulAmir.com/




Wednesday, 12 October 2011

KL Sentral Runtuh !!


Lantai Konkrit yang masih dalam binaan Runtuh..


Pihak Berkuasa sedang meninjau di tempat kejadian.

AF ingatkan KL Sentral yang sedia ada ini runtuh... 
rupa nya bakal KL sentral yang baru tu dalam tempoh pembinaan
yang runtuh... AF harap pekerja binaan tersebut selamat..

KUALA LUMPUR: Lantai konkrit di kawasan pembinaan di KL Sentral runtuh pada pagi Selasa dan seorang pekerja dilaporkan cedera.
Ketika kejadian pekerja Bangladesh dilaporkan sedang menjalankan kerja-kerja menyimen di tingkat satu bangunan tersebut cedera apabila lantainya tiba-tiba runtuh pada pukul 11 pagi.
Mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan dilaporkan sedang menjalani pembedahan selepas terjatuh daripada ketinggian empat meter.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner, Wan Abdul Bahari Wan Khalid berkata ketika kejadian pekerja berkenaan peralatan keselamatan.
Difahamkan bangunan yang sedang dibina sejak dua tahun lepas itu akan dikenali sebagai 'Nu Sentral' mempunyai lebih 500 pekerja yang melakukan kerja-kerja pembinaan bermula pada 2009.
Ia dijangka siap sepenuhnya tahun depan.
Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Christopher Chong Hon Fah berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11 pagi dan sebuah jentera dengan lebih 30 anggota terlibat dalam menyelamatkan mangsa.
"Kita mengambil masa satu jam meronda di kawasan kejadian untuk memastikan tiada mangsa lain yang terlibat," katanya.

Rupa RM50 Baru Yang Bakal Dikeluarkan


RM50 Pandangan Hadapan


RM50 Pandangan Belakang

Ini antara fakta mengenai RINGGIT MALAYSIA.


  • Ringgit atau turut dikenali sebagai Ringgit Malaysia ialah unit mata wang Malaysia dengan kod mata wang MYR. Ringgit boleh dibahagi kepada 100 sen dan mempunyai wang kertas bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1 serta syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen. Nama “Ringgit” berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman dahulu. Dollar Brunei juga dikenali sebagai ringgit bagi masyarakat tempatan.

  • Mulai bulan Ogos 1975, nama “Ringgit” diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia. Sebelumnya, wang dikenali sebagai dollar dalam Bahasa Inggeris dan ringgit dalam Bahasa Melayu. Namun penggunaan simbol $ terus digunakan sehingga ditukar kepada RM pada 1990an

Contoh RM50 Rekabentuk Lama


Contoh RM50 Rekabentuk lama

Antara ciri-ciri keselamatan wang kertas malaysia

  • Pengenalan jalur holografi ini merupakan usaha berterusan Bank Negara Malaysia untuk mempertingkat ciri-ciri keselamatan wang kertas Malaysia. Jalur holografi ini membuatkan wang kertas lebih sukar dipalsukan tetapi mudah dikenal pasti oleh orang ramai.

Sumber Asal: http://akusobriyaacob.blogspot.com/2011/02/new-rm5000-note-coming-soon.html

Tuesday, 11 October 2011

Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia, Al-Fatihah...


Penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais meninggal dunia di Pusat Perubatan DEMC, jam 9.20 pagi ini dipercayai akibat masalah paru-paru.

Allahyarham Ahmad Jais berusia 75 tahun.
Menantunya, Amirul Izwan Razak, 28, berkata jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, hari ini.
Penyanyi yang popular dengan lagu "Selamat Hari Raya" dan "Budi Setahun Segunung Intan" yang dinyanyikan bersama Kartina Dahari itu dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak dua minggu lalu kerana kesukaran bernafas.

Allahyarham Ahmad Jais meninggalkan lima orang anak dan isterinya Mas Halilah Mas Nayeem telah meninggal dunia pada 22 Jun 2009.
Penyanyi yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu, tetapi sakitnya mula serius pada malam 20 September lalu sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20 di sini.

Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC untuk rawatan lanjut.
Persembahan terakhir Allahyarham ialah pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - BERNAMA

Sunday, 9 October 2011

Upgrade .... Naik Taraf .....


Assalamualaikum semua..
kepada rakan rakan yang sudi melawat
blog yang tak seberapa ini... hahaha

sekarang AF sedang menaiktaraf blog 
untuk menjadikan blog yang simple dan smart
+ (plus) sedap mata memandang,
tak ada la semak kan blog je kan....

maaf, sejak kebelakangan ini,
AF jarang meng'hudate' blog...
kesibukkan yang terlampau yang amat...
nak buat macam mana kan.. dah busy dengan itu ini...
sampai lappy tak on seminggu... apa cer???

nampak sangat busy... walaupun tak ada yang menjenguk blog ni...
kalau ada tu, AF ucapkan terima kasih...
jangan lupa follow k....


nantikan kemunculan AF yang baru nanti...
jeng jeng jeng.... nanti kan..... hahahaha

Sunday, 2 October 2011

Stacy - Kisah Dongeng




Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
(korus)
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
p/s: lagu ni ada mesej yang tersirat.. hargai la seseorang itu...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More