f


-->

facebook

Halaman

Saturday, 31 December 2011

Selamat Tinggal 2011 , Selamat Datang 2012


Assalamualaikum wbt.... bakal berakhir untuk tahun 2011.. dan bakal menjelma 2012..

Apakah Azam korang untuk tahun 2012 , adakah Azam 2011 korang telah tertunai.
itu semua pada korang semua. Pada AF , ada Azam 2011 masih belum tercapai, dan bakal di'Foward'kan 
kepada tahun 2012. HaHaHa.

Apa-apapun, AF ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012, kepada semua Blogger di Malaysia dan semua rakyat Malaysia. Semoga suka duka , kesilapan pada tahun 2011 ini menjadikan kita matang dan berjaya kelak okay.

P/s: Sambut New Year kat Ofis. nasib baik dekat dengan Dataran Merdeka. boleh tengok bunga api.

Chef Wan Akan Tutup Akaun Facebook 2012


Assalamualaikum wbt.... Sejak tamat nya rancangan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2011 ini...
macam-macam gosip , berita hangat yang diperkatakan.

Salah satu nya, Chef Wan iaitu Pengkritik untuk Maharaja Lawak Mega (MLM) yang agak pedas, lantang.
dikatakan akan menutup akaun Facebook kerana kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tak faham-faham bahasa kot. HaHaHa.

Sabar la Chef Wan, buat-buat tak tahu sudah la yer. 

Jika korang ingin ketahui berita selanjutnya.. lihat dibawah.

KUALA LUMPUR – Kerana kecewa dengan mentaliti segelintir peminat dan pihak-pihak tertentu yang bertelagah, mengutuk dan menghina sesama sendiri di akaun laman sosial Fan Page Facebook miliknya, Datuk Chef Wan memutuskan untuk menutup akaun tersebut menjelang tahun 2012.
Menurut Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail keputusan itu dibuat demi kebaikan bersama memandangkan beliau mendakwa akaun tersebut telah disalahgunakan serta menjadi punca sikap hasad dengki dan ‘tikam belakang’ sesetengah pihak.
“Saya rasa lebih baik saya tutup akaun Facebook itu untuk kebaikan semua. Kalau ‘fanpage’ itu menjadi punca hasad dengki, kutuk-mengutuk dan tikam belakang, lebih baik saya tutup sahaja,” katanya yang dipetik dari laman portal hiburan terkenal,Gua.com.my.
Chef Wan berkata, tujuan beliau membuka akaun Fan Page Facebook tersebut adalah untuk berkongsi pengalaman dan pendapatnya dengan para peminat, namun ia seolah-olah tersasar dari tujuan itu dan menjadi medan segelintir pihak untuk melemparkan pelbagai hinaan kepadanya.
“Tujuan saya buat ‘fanpage’ dulu adalah untuk berkongsi pendapat dan pengalaman tetapi sekarang sudah lain jadinya. Ada yang sanggup melemparkan pelbagai hinaan dan kutukan terhadap saya.  Mereka ambil kesempatan dengan ruang yang saya berikan,” jelasnya kesal dengan apa yang berlaku.
Justeru kecewa dengan kontoversi yang tercetus selama ini, beliau memutuskan untuk tidak lagi berinteraksi dengan para peminat menerusi laman sosial itu pada tahun hadapan dan mahu hidup dengan tenang bersama keluarga.
“2012 saya tidak akan gunakan laman sosial sebagai medium perantaran antara saya dan peminat. Saya memang ada akaun twitter, tapi akaun itu tidak aktif pun. Cukuplah dengan apa yang telah saya lalui, dan saya mahu menjalani hidup bersama keluarga dengan gembira,” katanya lagi.
Chef Wan sering mencetus kontroversi dengan kritikan-kritikan pedasdi Facebooknya tentang pelbagai isu sama ada berkait rapat dengan industri hiburan tanahair mahupun mengenai gejala kurang sihat generasi muda yang gemar melepak membuang masa di kompleks membeli belah.
Adlin Aman Ramli sebelum ini juga mengisytiharkan ‘perang Facebook’ terhadap Chef Wan setelah dikritik hebat oleh selebriti masakan itu terhadap persembahannya pada minggu ketujuh Maharaja Lawak Mega (MLM) yang menyaksikan anak pelawak AR Tompel itu terkeluar dari saingan.
Di dalam satu wawancara bersama media baru-baru ini, Chef Wan menegaskan bahawa meskipun beliau agak tegas dan pedas dalam memberikan kritikan, namun ia dilakukan atas dasar rasa tanggungjawab serta penuh ikhlas untuk melihat perubahan terbaik untuk pihak yang dikritiknya.
Bagaimanapun, difahamkan bahawa tindakannya mahu menutup akaun Facebook miliknya itu mendapat bantahan ramai memandangka ramai peminat yang gemar dan menyokong kritikan-kritikan beliau sebelum ini.
P/s : Buat tak tahu sudah ler...

Sumber : MyNewsHub 

Osbon Juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2011


Assalamualaikum wbt kepada rakan-rakan blogger, pengunjung2 setia di blog yang tak seberapa ini...
dan tidak lewat untuk AF ucapkan Tahniah kepada pemenang-pemenang Maharaja Lawak Mega (MLM)
pada malam tadi....

Osbon merupakan Pelawak Otai , dan sekali gus menlayakan kumpulan Otai ini menjuarai 
rancangan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2011 ini, dengan mengalahkan Boboy (Malaysia) , Saehu (Indonesia) , Syok (Singapura) . Persembahan yang Mantap juga dari semua kumpulan yang bertanding bagi memenangi Pertandingan Lawak yang berprestij ini...

AF, ucapkan Tahniah kepada Semua Kumpulan, kerana berjaya membuat penonton tidak kering gusi kerana lawak-lawak anda itu... Tahniah Sekali lagi.....

ingin ketahui berita selanjutnya ... sila lihat di bawah..

Kumpulan Osbon yang dianggotai Abon dan Os malam tadi dinobatkan juara pertandingan Maharaja Lawak Mega, sekali gus merebut hadiah wang tunai sebanyak RM350,000.
Dengan tema bebas dan muzikal, Osbon berjaya mengetepikan saingan terdekatnya iaitu kumpulan Boboi yang dianggotai Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik.
Boboi jatuh ditempat kedua manakala kumpulan dari Indonesia, Saehu ditempat ketiga dan kumpulan gabungan dari Malaysia serta Singapura, Syok ditempat keempat.
Pertandingan yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna itu diadili oleh Datuk Chef Wan, Zainal Abidin Hassan, Datuk Siti Nurhaliza manakala Aaron Aziz sebagai juri jemputan.
Untuk rekod, Maharaja Lawak Mega memfokuskan kepada pelawak profesional.
Menampilkan barisan pelawak terkenal dari Malaysia, Indonesia dan Singapura, ia disertai 41 pelawak terkenal dengan 17 kumpulan dan solo.
Diadakan bertujuan untuk mencari pelawak ‘terbaik di antara yang terbaik’ di Asia Tenggara.
Hanya 30 peratus undian berdasarkan SMS manakala selebihnya bergantung kepada pemarkahan juri tetap.
Pemilihan peserta dari luar negara dibuat berdasarkan personaliti mereka dan mempunyai nama di negara sendiri.
Bahkan setiap peserta diberi kebebasan dalam memilih anggota kumpulan sendiri bagi menempuh ujian yang bakal ditempuhi selama 10 minggu itu.
P/s : Tahniah Osbon !!

Sumber : MyNewsHub

Friday, 23 December 2011

Tiz Zaqyah Dan Peminat Kena Tipu !


Assalamualaikum semua rakan rakan, pengunjung setia Blog Ameer Fitri, Terima Kasih diucapkan..

Pelakon comel molek, daripada Drama popular, Nurkasih .. semestinya Tiz Zaqyah.. 
Dikatakan ditipu oleh perunding percutian, merupakan ahli kelab peminatnya juga..
Apa nak jadi dengan Dunia sekarang, menipu melibatkan Artis pula tu...

Kesian Tiz Zaqyah, dah la tolak tawaran berlakon semata-mata mahu bersama dengan peminat,
sekali kena tipu dengan peminat sendiri.. apa boleh buat kan? Buat laporan polis...

Ketahui berita selanjut nya di bawah ni k....


KAJANG: “Kejadian ini langsung tidak saya duga. Saya tolak tawaran berlakon semata-mata mahu bercuti bersama peminat,” kata Tiz Zaqyah selepas rombongan dia bersama 35 peminat untuk ke Perth, Australia, dijadualkan kelmarin terbantut angkara kegagalan perunding yang juga ahli kelab peminatnya menunaikan janji.Program bercuti dinamakan Percutian Cik Qyah yang dirancang sejak Mac lalu sepatutnya bermula kelmarin sehingga Ahad ini, bagaimanapun ia menjadi igauan buat semua peserta rombongan apabila mereka terkandas di lapangan terbang dan menyedari ditipu pada saat akhir.Tiz berkata, program itu diuruskan seorang daripada ahli kelab Tiz Zaqyah Razak Fan Club (TZRFC) membabitkan pembayaran keseluruhan lebih RM60,000 selepas setiap peserta dikehendaki membayar RM1,700 dan RM1,900.“Saya hampa, kesal serta bersimpati dengan ahli kelab peminat dari Brunei dan Singapura semata-mata turut serta percutian ke Perth. Namun, kami ditipu perunding percutian yang juga ahli TZR FC sendiri.“Ia bukan isu kecil kerana membabitkan wang dalam jumlah banyak sehingga kami buat laporan polis. Saya tidak boleh komen apa-apa ketika ini dan menyerahkan kepada polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.
P/s: Speechless.. AF pun peminat Tiz Zaqyah.. Peminat je.. tak lebih daripada itu..

Pencapaian Calon PMR Tahun 2011

Pencapaian Calon PMR 2011

Assalamualaikum wbt kepada rakan rakan blogger mahupun pengunjung-pengunjung setia...

Disini, AF mengucapkan Tahniah kepada adik-adik Calon PMR 2011 berjaya mendapat 8A
dalam menduduki Penilaian Menengah Rendah atau senang dikenali PMR.
Pencapaian keputusan PMR tahun 2011 memberansangkan , kerana telah meningkat sebanyak 0.75 Peratus.

Sapa tak bangga kan?? Adik-adik semua berjaya dalam PMR.. tetapi mendukacita juga,
Kepada adik-adik yang tidak berjaya dalam PMR, sila usahakan diri, berjaya dalam SPM..
dont play play, dan jangan anggap, adik-adik yang bakal berada di Tingkatan 4 adalah Tahun 'Honeymoon'.
Tingkatan 4 lah tahun yang perlu  berusaha bersungguh-sungguh, tak ada lah tahun nak SPM.. baru terhegeh-hegeh k...

nak ketahui berita selanjut nya...

PUTRAJAYA – Seramai 34,271 pelajar daripada 441,137 yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 30,863 pada 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, pencapaian pada tahun ini meningkat sebanyak 0.75 peratus berbanding tahun lalu.
“Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan PMR 2011 di sini semalam.
Beliau berkata, kementerian itu berterima kasih kepada guru dan pelajar serta semua pihak yang berkenaan atas usaha mereka membantu meningkatkan GPN tahun ini.
Abd. Ghafar berkata, bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini.
Menurut beliau, suatu yang membanggakan adalah pencapaian calon berkeperluan khas yang menunjukkan peningkatan dengan 12 daripada 1,370 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding lima orang pada tahun lalu.
Menyentuh mengenai prestasi mata pelajaran, beliau memberitahu, calon yang mendapat gred A dalam Matematik meningkat kepada 30.2 peratus berbanding 28.9 peratus pada 2010, manakala Sains mencatatkan peningkatan empat peratus.

P/s : Tahniah kepada Adik-adik yang berjaya dalam PMR !!

Wednesday, 14 December 2011

Banjir Kilat Di Bandar Raya Kuala Lumpur


Assalamualaikum wbt... rakan-rakan yang ku sayangi... hahaha siot je kan?

AF hari ni seharian duduk dalam bilik, mendiamkan diri seketika...
Lepas tu hujan lebat sangat-sangat petang tadi... tak sangka pula 
boleh jadi banjir Kilat kat Kuala Lumpur... sampai 30 kanak-kanak dikatakan terperangkap
dalam sebuah Tadika, tetapi Alhamdulilah, telah diselamatkan... Terima kasih 
kepada Pihak berkuasa yang cekap menjalankan tanggungjawab..

Keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh hari ini berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat.
Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran.
Sebelum ini, kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 10.30 pagi tadi turut memaklumkan bahawa amaran hujan lebat (peringkat merah) di Terengganu dan Pahang yang dikeluarkan pada 5.35 petang semalam diturun taraf kepada amaran hujan lebat (peringkat jingga).
Ia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua) dengan kelajuan 50-60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North dan Layang-Layang akan berterusan sehingga Selasa depan.
Angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai 3.5 meter di perairan Pulau Langkawi, Perlis, utara Kedah, Pahang, Johor timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Tioman, Bunguran, Reef South dan Palawan juga diramal berterusan hingga Selasa depan. Menurutnya, kawasan pantai di pantai timur Semenanjung kini terdedah kejadian kenaikan paras air laut.


Sumber  :GAMBAR KUALA LUMPUR BANJIR KILAT 13 DEC 2011 - KL BANJIR | illustrasiaku .com

Penjual Burger DiHina Di Radio


Assalamualaikum wbt... 

AF terkejut juga, dan agak tersebar meluas di sosial network, Facebook, Twitter...
mahupun di forum-forum yang popular seperti UpToMu.Net ...

Kisah Penjual Burger tepi jalan dihina, kerana pekerjaan nya, kerana kekurangan duit,
kurang kemampuan... Memang dunia kini, Jika tiada wang memang tak boleh hidup.. 
tapi Jika hidup hanya kerana wang, kerana harta benda, memang takkan lama la...


Mungkin pada perempuan itu Duit, Harta adalah segala nya, tetapi jangan la menghina pekerjaan 
bekas tunang awak tu, sekurang-kurang tunang awak bekerja, berusaha untuk memperbaiki diri...
AF harap ada insan yang boleh terima AF seadaanya.. Insyaallah AF akan bahagiakan dia sebaik mungkin.

P/s: Rasa terhina pula AF, pernah juga jadi penjual burger.. Hina sangat ker?

Cara Menaikkan Page Rank Anda Dengan Cepat Dan Mudah


Assalamualaikum wbt kepada rakan rakan yang sudi datang menjenguk Blog AF yang tak seberapa ini...

Cara-cara menaikkan 'Page Rank' anda dengan cepat dan mudah....
Senang jer, asalkan cara itu betul dan mudah, pastinya anda akan dapat pengunjung-pengunjung
yang ramai, dan Page anda akan begitu popular... kan?? 



Cara kerja tu senang je, sebelum korang meletakkan link kamu di atas,

* Kamu harus menghapus peserta nombor 10 dari daftar
* Sehingga semua peserta naik 1 level
* Yang tadi nombor 1 jadi nombor 2, nombor 2 jadi 3 , dan seterusnya..
* Kemudian masukkan link korang sendiri di bahagian paling atas (Nombor 1)

Tetapi Jika setiap peserta mampu mengajak 5 orang sahaja, maka jumlah Backlink yang akan 
korang dapat pada setiap posisi kamu...

Posisi 1,   Jumlah Backlink = 1
Posisi 2,   Jumlah Backlink = 5
Posisi 3,   Jumlah Backlink = 25
Posisi 4,   Jumlah Backlink = 125
Posisi 5,   Jumlah Backlink = 625
Posisi 6,   Jumlah Backlink = 3,125
Posisi 7,   Jumlah Backlink = 15,625
Posisi 8,   Jumlah Backlink = 78,125
Posisi 9,   Jumlah Backlink = 390,625
Posisi 10, Jumlah Backlink = 390,625

dan semua nya menggunakan kata kunci yang kamu inginkan, 
Dari sisi SEO korang sudah mendapatkan 1,953,125 backlink dan efek disamping nya Jika
pengunjung web, para para downline korang mengklink link itu,
dan juga membuat blog korang mendapat traffik tambahan...

P/s: AF cuma ingin berkongsi dengan rakan rakan AF, Sharing is Caring kan?

Sunday, 11 December 2011

Ana Dahlia Sah Bergelar Isteri Chef Riz


Assalamualaikum wbt... 

Tahniah kepada Chef Riz anak kepada Chef Wan, kerana telah bergelar seorang suami, dan juga 
Suami kepada isteri tercinta , Ana Dahlia... Semoga Perkahwinan korang ni hingga akhir hayat korang..
AF doakan agar korang berbahagia dengan bakal anak yang comel-comel...

Ana Dahlia sah menjadi isteri kepada chef selebriti yang juga anak kepada Chef Wan iaitu Mohd. Nadzri Redzuawan dengan sekali lafaz sahaja. Mereka melangsungkan majlis di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak.
Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 58, telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman, 59, kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.
Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin. Pada majlis tersebut, Ana menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala, pihak Riz menerima 15 dulang.
Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Fendi dari butik Syarakim.Majlis persandingan pasangan ini akan berlangsung pada sebelah malam di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.

P/s : Sama cantik, Sama Padan ... AF dan semua warga blogger ker? hehe doa agar Chef Riz dan Ana Dahlia bahagia atas perkahwinan mereka ini... Untung Chef Wan, dapat menantu yang cantik.. hehe

Tuesday, 6 December 2011

Shuib (Sepahtu) Dan Siti Sarah Bergelar Ibu & Bapa


Assalamualaikum wbt.... Comellllll nyaaaaaaa.... Anak Beliau ini.... 
nak kata ikut muka bapa, tidak, nak ikut muka ibu tidak juga... muka siapa.... muka AF ler... haha
Jangan Marah pula nya Shuib dan Sarah, takut juga ni kang kena saman pula.. Larikkkkkk

Tahniah kepada Shuib dan Sarah kerana sudah bergelar ibu dan bapa kepada anak yang comel ini....
Semoga hubungan keluarga rapat dan sehingga ke akhir hayat dengan ada nya cahaya mata ini.
AF macam tak sabar pula nak ada Isteri, Anak... Cucu... amboi kau AF, perasan lebih...
entah-entah sampai ke tidak hajat itu, hahaha

Tahniah di ucapkan kepada Siti Sarah dan Shuib yang kini sudah pun bergelar ibu dan ayah. Menurut laman blog beautifulnara.com, anak lelaki mereka yang masih belum diberikan nama telah selamat dilahirkan hari ini (4 Disember 2011) pada jam 10.19 pagi.

P/s : Comel Sangat si Comel ini, apa lah agak nya nama dia erk?

Sumber : Beautifulnara  & MyNewsHub

Remaja Maut Tertimbus Tanah


Assalamualaikum wbt.... Remaja Maut tertimbus Tanah ketika memasang Paip Air...
Dasyat, umur remaja tersebut baru sahaj 14 Tahun, sudah melakukan aktiviti memasang paip...
adakah tiada pemerhatian dari Keluarga..

AF ucapkan Salam Takziah kepada Keluarga Mangsa, agar tabah dengan dugaan yang diberikan...


JELI – Seorang remaja maut apabila tertimbus tanah ketika memasang paip air dalam satu kejadian di Kampung Kulim, Lakota di sini, pagi ini.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Anuar Mohamad Taib, berkata Muhammad Amir Azim, 14, maut di tempat kejadian pada 10.40 pagi.
“Mangsa dilaporkan membantu memasang paip air dalam satu kawasan yang dikorek bagi pemasangan paip sebelum berlakunya kejadian tanah runtuh itu,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, mangsa cedera parah di bahagian kepalanya yang pecah dan tertimbus hampir separuh badan ketika anggota bomba yang dibantu bomba suka rela tiba tidak lama selepas itu.
Katanya, mayat mangsa yang berasal dari Kampung Pauh Sembilan, Bachok itu dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat. – BERNAMA

P/s : Al-Fatihah.....

Sumber : MyNewsHub 

Adik Khairul Fahmi Che Mat @ Apex Meninggal Dunia


Assalamualaikum wbt..... AF terkejut dengan berita tergempar ini, Almaklumlah...
baru je tahu berita ini... Apa-apa pun AF ucapkan Takziah kepada Penjaga Gawang Negara,
Khairul Fahmi Che Mat Sekeluarga atas pemergian Adik tercinta iaitu, 
Arwahyarham Mohd Amirul Izzat Che Mat... 

Walaupun dengan pelbagai isu-isu yang berkait dengan KFCM ini... harap KFCM 
tabah dengan dugaan yang diterima.... Apa-apa pun kami Rakyat Malaysia,
tetap sokong KFCM sepasukan.... Takziah~~


Hari ini pasti merupakan hari paling sedih buat penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex apabila adik kesayangannya, Mohd Amirul Izzat Che Mat yang baru berusia 16 tahun meninggal dunia akibat demam denggi kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.
Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM.
Mohd Amirul Izzat sebelum itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari.
Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab
“Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta.“Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai,” kata Khairul Fahmi yang akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan kelayakan Sukan Olimpik Rabu ini.Nampaknya tahun ini merupakan tahun yang penuh warna buat penjaga gawang terbaik negara ini.
Di satu sudut, Apex dipuja jutaan peminat bolasepak tempatan kerana kehebatannya beraksi untuk pasukan kebangsaan hingga membolehkan negara mencapai banyak kejayaan besar termasuk yang terbaru kejayaan merangkul pingat emas Sukan SEA.
Di satu sudut lagi, kehidupan peribadinya mula diperkatakan khususnya setelah beliau mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangannya.
Di media massa khususnya di internet, Apex diserang dengan pelbagai gossip terutamanya bila tersebar gambar-gambar beliau bersama gadis-gadis cantik sehingga membuatkan penjaga gol ini pernah mengeluarkan kenyataan untuk bersara awal daripada sukan bola sepak kerana terlalu kecewa dengan apa yang berlaku.
Dan yang terbaru, kisah sedih pemergian ke rahmatullah adiknya pagi ini.
Semoga Apex tabah dalam mengharungi badai dan cabaran yang pastinya menguji kesabaran serta keimanan beliau.
Bagi pihak Mynewshub.my, kami mengucapkan takziah kepada keluarga Apex…semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.
Al-Fatihah

P/s : Alfatihah... Arwahyarham Mohd Amirul Izzat Che Mat

Sumber : MyNewsHub 

Sunday, 4 December 2011

Finalis Anugerah Juara Lagu Ke-26


Assalamualaikum wbt... kepada rakan-rakan blogger, mahupun pengunjung2 setia yang sudi datang 
ke Blog AF yang tak seberapa ini...

Walaupun AF tak sempat nak tengok Lagu-lagu yang dipertandingkan untuk merebut Gelaran Juara Lagu ke-26 , malam kelmarin... tetapi tak mengapa la.. asalkan AF menghupdate lagu mana yang berjaya ke peringkat Akhir sekali Gus, Layak untuk dinobatkan Bakal Juara Lagu Ke-26.... Saksikan lah...


PESERTA YANG LAYAK KE ANUGERAH JUARA LAGU
  1. KALAU BERPACARAN - Ana Rafali, Suhimi Meor Hassan, Ultimate
  2. KARMA - Faizal Tahir
  3. PENAKUT - Yuna
  4. SEDETIK LEBIH - Jacquline Victor
  5. AWAN NANO - Hafiz
  6. CINTA MUKA BUKU - Najwa Latif
  7. WANITA SELURUH DUNIA - Projek Pistol
  8. TIGA SUARA - Shiela Hamzah, Jacquline Victor, Ning Baizura
  9. KEKANDA ADINDA - Monolog dan Atilia
  10. SUNGAI LUI - Aizat
  11. CINTA HATI - Alyah
  12. GADIS SEMASA - Yuna
DuaBelas Lagu keseluruhan nya yang Bakal layak dinobatkan sebagai Juara Lagu...
Lagu Mana la agak nya bakal dinobatkan erk.... nanti kita saksikan la sama-sama
pada 29hb Februari 2012..

P/s : AF minat 3 Suara... terbaek...

Pandangan Islam Mengenai AngryBird


Assalamualaikum wbt, kepada rakan-rakan yang sudi datang ke blog AF yang tak seberapa ini...
AngryBird, Sebuah Game atau permainan yang popular dimasa kini.... siapa yang tak pernah dengar 
atau tidak tahu akan permainan ini dianggap sebagai ketinggalan Zaman...

Budak-budak 3-4 tahun dah tahu akan permainan yang dikatakan Seluruh Dunia meminati nya...
dan dapat juga info mengenai Cara-cara bermain Permainan ini bersamaan Dari Perspektif Dakwah 
Dan Tarbiyah... betul ker???

Cuba korang baca dan fahami la.... 


1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)
antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban
menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka
iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan
mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri
tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?
yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!
yang putih pula?
sanggup mengorbankan anaknya!
itu bukanlah satu pengorbanan yang senang
menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad


segala-galanya untuk mencapai satu matlamat
menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas



"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."
(At-Taubah 9:111)



2) Amal Jamaie
dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh
burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan
malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan
maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah
untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu



3) Tanzim (organisasi) yang tersusun
tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?
tidak
diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza
setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza
jadi diorang susun
sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu
kenapa?


sebab Saidina Ali mengatakan
"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"



4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)
bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?
diorang susun dengan menilai
bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu


maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya
yang reti potong kayu pergi serang kayu
yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu


dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka
untuk detect, apakah kelemahan musuh kita
dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza
bagaimanakah kita ingin menyusun strategi
untuk mencapai ustaziyatul alam
eh silap
untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat




5) Taat
dan sebagai qiyadah
perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang
adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas
dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan

pasti tidak ada orang yang nak main
dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh
jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas



6) Ukhuwah
lastly
kena faham
bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat
itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang
mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya
mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka
kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara



seperti mana kita umat Islam bersaudara
jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya
dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita
daripada musuh yang nampak di dunia
dan juga musuh yang tidak nampak
yang menarik kita ke api neraka

kenapa?
sebab kita menyayangi saudara kita
sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang
kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam


tidak akan wujud game Angry Birds
jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka


begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam
malahan mustahil akan menang gerakan Islam
jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam



"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"
(An-Nasr 110:1-3)


sedarlah
pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam
dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna





semua yang korang baca tadi
adalah pengajaran daripada Angry Birds

tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat
iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih
kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza
dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...


"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

P/s: Perrgghhhh Biar betul... hehehe

Sumber : IzzudinYusoff

Punca Banjir Kilat Di Kajang


Assalamualaikum wbt.... Agak tergempar jugakan, 
Kawasan Kajang tiba-tiba ditenggelami air Banjir, dengan sekelip mata...

Banjir Di Kajang juga dikatakan mempunyai kaitan Aktiviti Korek Pasir...
baca lah artikel di petik daripada Berita BERNAMA

KAJANG – Kegiatan sindiket mengorek pasir secara haram dan pembangunan tidak terancang dipercayai menjadi faktor penyumbang kepada banjir kilat luar biasa yang berlaku di bandar Kajang kelmarin.
Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara, Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, kedua-dua faktor itu mempercepatkan berlakunya banjir selain faktor hujan lebat.
“Pembangunan dan aktiviti manusia (korek pasir) boleh menjejaskan sistem pengaliran air dan bahan-bahan konkrit seperti jalan dan bangunan akan menyebabkan berlaku gangguan aliran sungai seterusnya mempercepatkan banjir,” ujarnya ketika dihubungi semalam.
P/s : Hentikan lah Aktiviti Korek Pasir Di Kajang mahupun Seluruh Selangor.. agar tiada lagi Bencana
banjir kilat berlaku....

Friday, 2 December 2011

Kumpulan Pelawak Maharaja Lawak Mega Ditahan Kerana Ganja?


Assalamualaikum wbt..... Berita yang agak menggemparkan untuk seluruh 
peminat-peminat rancangan Maharaja Lawak Mega yang bersiaran di Saluran Astro Warna...

Bahawanya, Kumpulan Pelawak dari Negara Indonesia dikatakan 'Ditahan' Kerana Ganja
di lapangan terbang di Indonesia sebelum bertolak ke Malaysia untuk pertandingan ini...

Dasyat okay!! tapi ini bukan lah Ganja, hanya daun biasa... apa-apa pun korang baca la artikel dibawah ini..

Saehu adalah salah sebuah kumpulan pelawak dari Indonesia yang menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM).
Populariti Saehu dari hari ke hari semakin meningkat terutama Bocil, salah seorang anggota kumpulan tersebut.
Fizikal Bocil yang kenit itu sering membuatkan penonton terutama juri MLM tidak kering gusi dengan gelagatnya.
Namun portal hiburan Murai.com.my melaporkan ketiga-tiga ahli kumpulan ini nyaris ditahan di lapangan terbang di negara mereka sebelum ke Malaysia baru-baru ini.
Semuanya gara-gara GANJA!Namun selepas diselidiki, pihak berkuasa akhirnya melepaskan kesemua mereka kerana daun yang pada mulanya disangka ganja itu cumalah kostum daun yang direka khas untuk dibawa ke Malaysia bagi menyertai pertanding MLM, pergh!
Daun itu diambil di rumah salah seorang ahli kumpulan berkenaan.
Nasib baiklah ia bukan ganja, kalau tak terlakarlah sejarah ketiga-tiga pelawak itu ditahan kerana memiliki dadah.
P/s : kalau tidak, habis kecoh di seluruh Indonesia mahupun negara-negara serantau... Malu beb...
Indonesia dah lah kalah dengan Malaysia dalam acara Bola Sepak Sukan Sea, bertambah malu lagi kalau Saehu ini dikatakan memiliki Ganja tetapi hanya menghadapi salah faham sahaja... apa-apa pun lawak mereka memang tak kering gusi... terbaek..

Sumber : MyNewsHub.My

Oh! Tidak.. Kajang Dilanda Bah


Assalamualaikum wbt..... Oh! Tidak, Kajang dilanda Banjir....
AF ada gak terjumpa status rakan-rakan di FB, 
yang dikatakan Kajang dilanda Banjir... sehingga dalam Mall pun Ditenggelami Air...
begitu dasyat hujan sekarang,  korang saksikan lah Youtube yang Kajang dilanda banjir...
Kelam Kabut dibuatnya...


P/s : agak kelam kabut.. tapi masih lagi dalam keadaan yang terkawal...

Anak dan Mak Beraksi DiRanjang.. Dunia Akhir Zaman !


Assalamualaikum wbt..... OH! Tidak !!
Biar betul !! ANAK dan EMAK beraksi diranjang, tidak pernah kenal erti dosa...
Mereka anak beranak berkongsi cerita di sebuah Rancangan di TV saluran Indonesia...

Bagai tiada erti malu akan perbuatan tersebut.. tak kenal erti halal haram...
apa sudah jadi.. adakah ini tanda-tanda Akhir Zaman...
apa-apa pun, AF tak tahu nak berkata apa-apa lagi...
apa yang mampu beritahu, lihat..dan jauhi la....


P/s: AF terkejut akan berita ini... Sebuah Negara Republik, Majoriti Masyarakat Islam..
bertindak demikian... walaupun AF tidak la begitu sempurna.. tetapi tidak tergamak 
lakukan perkara ini terhadap ibu kandung.. aduh2.... 

Friday, 25 November 2011

Keputusan Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke 26 | Part 2


Assalamualaikum wbt kepada rakan rakan AF di arena Blogger ini..
yang sudi datang serbu Blog AF yang tak seberapa ini...
Berakhir juga Part Kedua untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 26 malam ini..

dan lagu-lagu yang layak menduduki Carta Top 5 malam ini adalah :-

  1. Hazama - Cinta Teragung
  2. Aizat - Sungai Lui
  3. Projek Pistol - Wanita Seluruh Dunia
  4. Najwa Latiff - Cinta Muka Buku
  5. Monoloque Ft Atilia - Kekanda Adinda

P/s: Dah agak, Najwa Latiff berjaya masuk Carta Top 5... Tahniah Tahniah...

Majlis Perkahwinan Chef Riz DiTaja


Assalamualaikum wbt.....
AF disini berdoa, agar perkahwinan Chef Riz kita ini bahagia sehingga cucu cicit dan hingga ke syurga...
tetapi dengar cerita Perkahwinan Chef Riz kita ini, Ditaja oleh bapanya...
untung dapat Bapa yang baik seperti Chef Wan... yer la kan.. anak Lelaki yang Tersayang...
' Tuah ayam nampak di Kaki, Tuah Manusia siapa la yang tahu '

Chef selebriti, Datuk Redzuan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan bakal menaja majlis perkahwinan anak lelaki tunggalnya, Mohd Nadzri Redzuwan (chef Riz).
Chef Wan menerusi status di laman Facebook miliknya memberitahu, dia juga akan menaja pakej berbulan madu untuk pasangan pengantin baru itu selama seminggu tetapi masih merahsiakan destinasi sebagai kejutan.
“Dia hanya perlu mengeluarkan wang untuk hantaran, wang hantaran pada pihak perempuan selain mas kahwin dan cincin untuk bakal isterinya. Selebihnya saya akan uruskan sebagai hadiah untuk anak lelaki tersayang” ujarnya menerusi status tersebut.
Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu, dia menaja perkahwinan anaknya itu tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
“Falsafah hidup saya adalah untuk menjadi pemurah kepada insan yang kita sayangi. Saya tidak mahu menyesal di kemudian hari kerana tidak dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya sayang. Walaupun rezeki yang kita dapat sedikit, kongsi sedikit dengan keluarga sebagai tanda kasih sayang dan hormat kepada mereka” ujarnya.
Chef Riz,30 dan pelakon Ana Dahlia, 28, akan melangsungkan pernikahan pada 11 Disember depan yang akan diadakan di rumah keluarga Ana di Changkat Jering, Taiping, Perak.
Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan berlangsung di Sungai Koyan, Raub Pahang pada 18 Disember.

P/s : AF doakan Chef Riz kita ini, menjadi Suami yang Soleh dan mithali... caya la Chef Riz...

Sumber : MyNewsHub 

Wednesday, 23 November 2011

Yuna Sahkan Kemenangan 'Penakut' Ditarik Balik


Assalamualaikum wbt....
AF terkejut betul dengan berita yang ini... adakah benar??

PENYANYI Yuna mengesahkan kontroversi mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenangi di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) baru-baru ini.
Penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu mengesahkan menerusi laman Twitter miliknya tengah hari tadi.
"Ya ia benar. Tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyukai lagu tersebut," ujarnya.
Terdahulu, akhbar melaporkan, berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.
Turut dilaporkan, anugerah itu akan diserahkan kepada komposer Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih yang memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik.
Difahamkan, pihak penganjur iaitu RIM dan AIM akan mengadakan sidang akhbar khas di Hotel Maya pada Khamis bagi menjelaskan kekeliruan itu.
Yuna dalam satu mesej lain di laman Twitter memberitahu dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan dan memohon supaya ia diajukan kepada pihak penganjur.
Pada anugerah itu, Yuna menggondol tiga anugerah iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat selain Lagu Terbaik (Penakut).

P/s : AF macam tak percaya, apa sebab nya Anugerah ditarik balik? kalau dah tahu Yuna tak layak, kenapa dia dipilih? tak ke sengal... bior je la..

Tuesday, 22 November 2011

Sukan Sea Ke-26 | Taktik Kotor P

Assalamualaikum wbt....

Pelik lah, sebaik memenangi perlawanan diantara Pasukan Negara Malaysia menentang Indonesia,
Petugas Doping Control ( Ujian Saringan Penyalahgunaan Dadah )
meluru menghampiri Pasukan Negara Malaysia, Kononnya untuk melakukan 
ujian saringan penyalahgunaan dadah terhadap Pemain..
Nasib baik di halang... Cuba korang semua lihat video ini dibawah...

Betapa Jijiknya permainan Negara Indonesia...
Sepatutnya Indonesia tidak layak menganjurkan Pertandingan Sukan Sea ini...


P/s : AF betul betul kecewa dengan Indonesia,yang langsung tidak berprofesional menganjurkan 
acara Sukan Sea di Sana...

Sukan Sea Ke-26 | Air Mata Garuda


Assalamualaikum wbt.....

Air Mata Garuda akhirnya berguguran jua.... disebabkan Harimau Malaya membaham Garuda..
Peminat Bola Sepak Indonesia... bersedih kerana Indonesia gagal memiliki Emas
untuk Sukan Sea Ke 26 di Stadium Gelora Bung Karno..

Akhirnya Pasukan Malaysia ( Harimau Muda ) berjaya menjadikan Malaysia sebagai
Pasukan Terbaik di Rantau Asia ini... Mudah-mudahan..
Pasukan Malaysia teruskan semangat bermain Bola Sepak untuk Negara...

P/s : AF syukur sangat-sangat, Majulah Sukan untuk Negara.

Monday, 21 November 2011

Sukan Sea Ke-26 | Pingat Emas Milik Malaysia


Tahniah Pasukan Negara, Harimau Muda ( Malaysia )
berjaya dalam perlawanan Akhir Sukan Sea ke 26....
Sepakan Penalti Malaysia 5-4 Indonesia.... Tahniah Kepada Kapten Pasukan Malaysia
berjaya menjaringkan sepakan penalti... 

P/s : AF syukur sangat sangat atas kemenangan Pasukan Malaysia pada malam ini..

Saturday, 19 November 2011

Sukan Sea Ke-26 | Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Myanmar Part 2

Assalamualaikum wbt....

Tahniah kepada Pasukan Negara iaitu Harimau Malaya Muda (Malaysia)
berjaya menumpaskan Pasukan Lawan iaitu Myanmar
dengan Kelayakan ke Peringkat Akhir 1-0 ..
Ke minit 85 dijaringkan oleh Ahmad Fakri Saarani... Tahniah....

Tunjukkan Taring Harimau Malaya di peringkat Akhir.....

P/s: Tahniah... boleh masuk kerja dengan senyuman... hehehe 

Wedding Of The Year in Malaysia 2011


Assalamualaikum wbt....

Wedding of the year pada tahun 2011 yang telah mengalahkan Artis paling kontroversi
iaitu , Memey & Norman Hakim..... 

Pasangan yang berjaya mengalahkan pasangan tersebut adalah.........



Gelak guling guling AF tengok semalam Maharaja Lawak Mega malam tadi...
kepada sesiapa sesiapa yang sakit hati atau apa apa ker...
maaf AF hanya ingin bergurau.. dan ingin kongsi Video ini 
kepada rakan rakan yang belum tengok Video ini....

P/s: Osbon, Boboi & 3G the best buat sementara waktu ini....

Sukan Sea Ke-26 | Live Streaming Perlawanan Malaysia Vs Myanmar


Entry yang ringkas tetapi bermakna kepada blogger @ pengunjung yang tak dapat tengok TV secara Live..
Jom tengok live Streming.. Jom Sokong Pasukan Negara Malaysia..

Sukan Sea Ke-26 | Separuh Akhir Malaysia Vs Myanmar Part 1


Assalamualaikum wbt... 

Jom ramai ramai menyaksikan Sukan Sea ke 26 untuk acara Bola Sepak
Perlawanan diantara Pasukan Negara 'Malaysia' Vs 'Myanmar' pada petang ini..
hari Sabtu bersamaan 19th November 2011.. 

Ayuh, Rakyat Malaysia doakan kejayaan Pasukan Negara akan beraksi di peringkat Akhir
untuk mendapatkan Pingat Emas untuk Negara...
dan juga kepada Pemain yang bakal beraksi petang ini... Good Luck Beb...

P/s: Dapat tengok kejap, lepas tu nak masuk kerja sudah... huhuhu

Sukan Sea Ke-26 | Lagu NegaraKu Tidak Dihormati


Assalamualaikum wbt....
AF rasa sakit hati bila lihat , Lagu NegaraKu Malaysia tidak dihormati bila berkumandang 
di Stadium Gelora Bong Karno.. Apakah Perasaan Rakyat Malaysia??
adakah korang tidak sakit hati atau buat buat tak tahu...

Mungkin Bangsa Tidak BerTamadun berkelakuan seperti ini..
tak dapat bayangkan kalau Sukan Sea Ke-26 diadakan di Malaysia..
dan Kita di Malaysia berkelakuan seperti itu, Semestinya ramai kena hack...
Malas nak tulis panjang lebar... korang tengok lah sendiri, 
Jika korang Rakyat Malaysia, apa perasaan korang okay?? Tepuk Dada Tanya Selera...


P/s: Cukup kesal dengan Perangai Rakyat Indonesia seperti itu..

Friday, 18 November 2011

Keputusan Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke 26 | Part 1



Assalamualaikum wbt kepada rakan rakan AF, yang sudi datang serbu blog AF yang tak seberapa ini...
Berakhir sudah Part pertama untuk separuh akhir Muzik-Muzik ke 26 malam ini..
dan ini merupakan Senarai Top 5 untuk Separuh Akhir Part 1 iaitu :- 

1. kisah hati -alyah2. mata hati - nubhan3. beribu sesalan - shila amzah, jaclyn victor & ning baizura4. awan nano - hafiz5. gadis semasa - yuna

Tetapi AF kurang berkenan dengan Keputusan tadi, Kenapa lah Stacy tak masuk ke
dalam kumpulan Top 5... Adakah , Juri Muzik-Muzik kali ini nak sabotaj atau tidak...
tak pasti la.. Memang AF kurang berpuas hati dengan Keputusan Nubhan layak  bersama
dengan Kumpulan Top 5 kali ini... Bukan la AF ini tak suka ke apa, memang tak layak jadi juri
profesional... hanya layak untuk Juri Blog sahaja... hahahaha (perasan kan~~)
Tapi artis yang lain memang berpuas hati... Tahniah...

P/s: Memang sedap suara stacy tadi.. tetapi kenapa la tak lepas...

Thursday, 17 November 2011

Sukan Sea Ke-26 | Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Indonesia


Assalamualaikum wbt...

Tahniah kepada Pasukan Negara iaitu Harimau Malaya berjaya menumpaskan Pasukan Garuda..

Malaysia 1 - 0 Indonesia

Keputusan Penuh pada Perlawanan malam ini, 
Tahniah Harimau Malaya !! Teruskan usaha untuk mendapat Takhta Juara Sukan Sea Ke 26.

P/s: AF tak berpuas hati dengan tahap kepuasan Padang Stadium untuk dibuat 
Pertandingan Berprestis.. Harap Perlawanan Seterusnya, Tahap kualiti padang itu memuaskan..

Sukan Sea Ke-26 | Malaysia Vs Indonesia Part 1


Assalamualaikum wbt semua rakan rakan yang sudi jenguk blog ini...

Siapakah yang bakal ke Peringakt Separuh Akhir...
Perlawanan malam melibatkan Pasukan Negara, iaitu Malaysia Vs Indonesia..
Apa yang kita boleh buat, berdoa agar Pasukan Negara dapat menebus
kesilapan sepanjang Sukan Sea Ke 26 berlangsung...

Come On Malaysia... you can do it... chaiyok chaiyok....

P/s: AF akan bersambung selepas Perlawanan Tamat...

Melaka Bebas Rokok.. Biar Betul..


Assalamualaikum wbt Semua pengunjung2 setia Blog Ameer Fitri...

pada hari ini, AF bangga walaupun agak kelewatan mengenai berita ini kan...
nak buat guane,sibuk sejak kebelakangan ini... akhirnya dapat juga hupdate blog kesayangan...

Berita tergempak, Melaka Bebas Asap Rokok... AF setuju dan Sokong usaha Kerajaan Melaka 
berusaha menghapuskan Rokok di Negeri Melaka.. tetapi, mesti ramai yang tak setuju punya...
terutama, kepada pentegar2 rokok di Melaka... kesian betul AF tengok...
tetapi ini untuk kebaikkan korang juga kan?? Korang tu bukan sayangkan diri... 
nak suruh Diri Sendiri sakit, itu dah dikatakan Dosa beb.. sebab memudaratkan diri..

MELAKA – Sebanyak 7,868 kilogram rokok putih  dan 607 liter minuman keras dilupuskan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Melaka di sini hari ini.
Pengarahnya, Datuk Mohd. Nasir Said berkata, kesemua barangan seludup tersebut dianggarkan bernilai hampir RM4 juta.
“Sejak Januari lalu Kastam Melaka telah melupuskan pelbagai barangan yang belum lulus Kastam bernilai hampir RM3 juta dan cukai sebanyak RM11.4 juta.
“Barang itu termasuk rokok, mercun, minuman keras, kenderaan, kayu balak, cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD),” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Pelupusan Barang-Barang Lucut Hak Kali Ke-10 Tahun Ini di tapak pelupusan di Bukit Katil di sini hari ini.
Mohd. Nasir seterusnya berkata, barangan tersebut dilupuskan dan tidak dijual kepada orang awam kerana kesemuanya dibawa masuk tanpa setem cukai.
Menurutnya, barangan tersebut juga dilupuskan kerana dikhuatiri akan menjejas kesihatan terutama rokok yang hanya jangka hayat enam bulan.

P/s : Mudah2an Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang lain dapat meneruskan usaha ini..
Tanpa rokok adalah Kebaikkan untuk semua..

Petikan : MyNewsHub.my 

Contest Yang Meletop Di Abad Ini


Assalamualaikum wbt kepada rakan rakan yang sudi menjenguk blog yang tak seberapa ini..

AF nak tolong kawan AF promote Kontes Penyertaan ini..
harap ada yang sudi nak join....
AF hanya dapat beritahu syarat syarat Penyertaan ini...

SR TETAP RESOURCES memerlukan logo baru utk syarikat mereka.

Syarat² Penyertaan:-T'buka kpd smua warga MySelamba-Saiz Logo (3.5 cm x 5.0 cm)-Boleh design lebih dari 1 dan kurang drpd 5-M'gunakan ayat mengikut kreativiti anda s'diri (Contoh: SRT , SRTR & lain²)-Detail lain,syarikat ini b'kaitan IT(Teknologi Maklumat)-Icon tengkorak atau yg tidak b'kaitan IT akan di reject..-Hanya 1 logo sahaja akan dipilih oleh Pengurus SR Tetap Resources.
Cara² Post Logo:-Upload logo anda di uploader (contoh: Mediafire)-Kemudian post logo beserta link download anda di bwhTarikh contest: 16 hingga 23 November 2011
**Pemenang akan di umumkan pada 24 November 2011.

Kepada rakan rakan yang nak join tu, boleh lah layari MySelamba.Com
Hadiah Misteri untuk Pemenang Kontes ini..

P/s: tak pandai nak design, memang tak sertai la jawab nya...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More